Biasiswa Wikimania 2023 Dibuka: Mohon Sekarang!

Permohonan biasiswa untuk Wikimania 2023 kini dibuka sehingga Ahad, 5 Februari! Wikimania 2023 akan diadakan di Singapura dari 16–19 Ogos.

Wikimania ialah perhimpunan sejagat tahunan penyumbang Wikimedia yang berlangsung bersemuka dan dalam talian. Pada tahun ini, kami bertujuan untuk merangkumi semua untuk Wikimediawan di seluruh dunia yang selari dengan tema edisi ini: “Kepelbagaian. Kerjasama. Masa Depan.” 

Biasiswa untuk Wikimania 2023 tersedia dalam jenis yang berbeza untuk perjalanan ke Singapura:

  • Biasiswa penuh: perjalanan, penginapan, dan pendaftaran disediakan;
  • Biasiswa separa: penginapan dan pendaftaran disediakan.

Kesemua penerima biasiswa dilindungi oleh Dasar Insurans Perjalanan Yayasan Wikimedia. 

Manakala penerima biasiswa dahulu menulis laporan untuk memenuhi syarat bisiswa, tahun ini mereka akan berpeluang melakukan tugas sukarelawan semasa Wikimania. Jawatankuasa akan bekerja dengan penerima untuk mencari peranan sukarelawan yang sesuai dengan setiap kemahiran dan pengalaman penerima. Penerima biasiswa yang memilih untuk bersukarelawan daripada menulis laporan akan dikehendaki bersukarelawan selaam 2 jam sepanjang Wikimania, dengan pilihan bersukarelawan lebih masa jika diingini. 

Mohon sekarang! Pastikan kongsi pengalaman anda semasa perjalanan gerakan Wikimedia anda dan sokonginya dengan pautan. Pendatang baru ke Wikimedia akan dipertimbangkan. Tarikh akhir memohon biasiswa ialah 5 Februari, akhir hari di mana-mana tempat di dunia. Penerima akan dimaklumkan keputusannya pada Mei.

Baca lanjut di Wikimania Wiki.

Ada soalan? Tulis pesanan ke wikimania-scholarships@wikimedia.org.

No comments

Comments are closed automatically after 21 days.