Wikimania 2024 Hari 1: Sidang, pertemuan, dan Wikimediawan Tahunan!

Translate this post

Terima kasih kepada semua yang menyertai kita secara fizikal dan maya untuk hari pertama yang menakjubkan bagi Wikimania Katowice 2024!!

Wikimania tahun ini meletakkan tumpuan kepada kenekabahasaan, dengan sidang-sidang tersedia dalam enam bahasa. Para peserta mewakili lebih daripada 140 buah negara dan datang dengan latar belakang bahasa yang pelbagai: tidak kurang daripada 36% peserta mempunyai bahasa ibunda yang sama.

Jimbo berkata mengenainya, secara langsung dari pentas Wikimania:

“Kita ada sama banyak negara dengan PBB, kecuali kita tidak berteriak antara satu sama lain.”

Kita membuat banyak keriuhan, walaupun, untuk Anugerah Wikimediawan Tahunan, diumumkan pada majlis pembukaan hari ini:

Dari kiri ke kanan: DerHexer, Jimmy Wales, Clovermoss, Vira Motorko, Kurmanbek, Leonfd1992, dan Natalia Szafran-Kozakowska

Tumpuan lain dari sidang hari ini termasuklah:

  • Pecah rekod: Ahli Wikimedia Polska berkongsi mereka telah memecahkan rekod Rekod Dunia Guinness untuk editaton paling lama. Tahun lepas, 126 orang penyumbang menyunting untuk 100 jam tanpa henti, menghasilkan lebih 293 rencana baharu dan 13 ribu suntingan di Wikipedia Poland! 
  • Merapatkan jurang jantina: Sidang Kemuncak WikiWanita bermula hari ini, membawa bersama Wikimediawan yang berminat untuk menangani jurang jantina dalam projek Wikimedia. Perbincangan menumpukan cabaran semasa wanita dalam gerakan dan menekuni stereotaip wanita pada Wikipedia. Para peserta juga meneroka pembangunan alatan teknikal baharu yang mensasarkan pengurangan jurang jantina dan penyelesaian berpotensi yang lain.
  • Produk Pasukan Percaya & Selamat (T&S): Sidang-sidang yang dibentangkan mengenai penyelidikan dan kerja semasa oleh pasukan mereka untuk menambah baik sekatan-sekatan pada projek Wikimedia dan mengehadkan kesan sampingan, dan pembangunan akaun sementara.
  • Masa depan MediaWiki: Sidang yang dibentangkan mengenai masa depan sokongan untuk prasarana teras MediaWiki. Mereka membincangkan kerja semasa oleh Yayasan untuk memastikan masa depan yang lebih mampan untuk MediaWiki, termasuk pelbagai penambahbaikan platform dan menggalakkan lebih ramai kakitangan dan sukarelawan menjadi serasi dan menyumbang kepada MediaWiki. 

Dan ini baru permulaan! Ada tiga hari lagi untuk belajar, berbincang dan bertemu para penyumbang dan rakan-rakan. Kita juga ada membuat berita dalam The Economist dan banyak saluran media lain. Lihat jadual penuh Wikimania untuk lebih terperinci!

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?