Pasukan Pengurus Utama (COT) bagi 2025 dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Wikimania ke-20 akan diadakan di Nairobi, Kenya.
Nairobi menawarkan sebuah gabungan menyeronokkan antara pemodenan dan tradisi. Terdapat peluang untuk pengalaman safari yang menyeronokkan, dengan Taman Negara Nairobi, terletak dalam bandar, menyediakan sebuah pengalaman safari bandar yang tersendiri. Warna-warni kebudayaan yang kaya dari bandar ini dirungkaikan di muzium dan kawasan bersejarahnya, seperti Muzium Negara Nairobi dan Muzium Karen Blixen. Keseronokan kulinari yang melimpah ruah, dari pasar yang sibuk hingga ke kedai makan gourmet dan ke makanan jalanan yang menyelerakan, tidak dilupakan layanan hospitaliti luar biasa Kenya dan kehidupan malam Nairobi yang terkenal.
Pada September 2023, Jawatankuasa Memandu Wikimania mengumumkan sebuah model kerjasama serantau baharu dan dikongsikan bahawa tempat bagi Wikimania 2025 akan diadakan di Afrika Timur, diikuti Paris pada 2026.
Pasukan Pengurus Utama 2025 yang terdiri daripada anggota dari kawasan Afrika Timur, yang berhimpun dalam Hab Tematik dan Rantau Afrika Timur (EARTHub), akan bekerjasama untuk menjadikan Wikimania pertama di Afrika Timur sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Sebuah penyerahan rasmi daripada COT 2024 akan diadakan semasa Wikimania di Katowice, Poland.
Kunjungan ke Nairobi dipermudahkan
Nairobi menjanjikan sebuah perjalanan yang tidak boleh dilupakan di mana pengembaraan, kebudayaan, dan alam semulajadi bertumpu.
Nairobi ialah sebuah hab pengangkutan utama bagi laluan serantau dan antarabangsa. Dasar visa Kenya yang baru dikemas kini, membuatkan ia sebuah negara bebas visa bagi mereka yang masuk sebagai pelancong. Para peserta akan hanya perlu mengisi borang Kebenaran Kembara Elektronik 72 jam sebelum mengunjungi Nairobi. Wikimania 2025 akan menjadi persidangan hibrid, menyediakan kehadiran secara maya dan fizikal. COT akan bekerjasama keras untuk berhubung dengan badan pemerintah, rakan kerjasama, dan institusi negara untuk memastikan semua Wikimediawan, termasuk komuniti LGBTQI+, mempunyai sebuah pengalaman yang selamat dan tidak boleh dilupakan di Nairobi.
Wikimania ialah acara perdana bagi gerakan kita untuk bekerjasama, berbincang, dan membina idea. Ia sebuah tempat yang dimiliki semua orang, yang mana setiap orang, sama ada maya atau fizikal, boleh meraikan pengetahuan bebas dan para sukarelawan yang membantu menjadikan projek Wikimedia terjadi. Edisi kali ini menandakan sebuah pencapaian penting di mana kita menyambut 20 tahun penganjuran Wikimania.
Sementara kita bergerak ke depan menuju Ogos 2025, kami katakan ‘‘karibuni ke Kenya Yang Magis’’.
Can you help us translate this article?
In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?
Start translation