Apa itu WikiOrkestra?
Dalam Wikimania 2024 di Katowice, “WikiOrkestra” telah membuat persembahan di pentas buat pertama kalinya. Idea bagi projek ini telah diumumkan pada Jun, menerusi sebuah seruan bagi ahli muzik yang berminat daripada gerakan Wikimedia. Prototaip bagi orkestra ini ialah WikiEulenOrchester, yang membuat persembahan pada persidangan tahunan komuniti Wikimedia berbahasa Jerman, WikiCon. Lukas Mezger, seorang anggota WikiEulenOrchester, mahu meletakkan bersama-sama sebuah kumpulan muzik untuk Wikimania kali ini bagi menghargai bandar tuan rumah, Katowice yang dinamakan sebagai Bandar Muzik UNESCO.
Sembilan belas anggota komuniti dari negara berbeza di seluruh dunia memberi maklum balas terhadap seruan untuk menyertai WikiOrkestra. Dua biola besar, satu biola (saya – pengarang), satu selo, satu dabal bes dan dua bes elektrik, dua serunai, satu klarinet, satu pemain piano, satu gitar, satu ukulele, satu akordion, satu pemain genderang, dan lima penyanyi. Program kami merangkumi dua lagu: pertama, satu lagu piano terkenal oleh Chopin, seorang penggubah lagu terkenal Poland, disusun untuk kumpulan muzik instrumental, dan kemudian lagu rakyat Silesia. Setiap orang menerima helaian muzik masing-masing terlebih dahulu untuk berlatih di rumah. Lagu piano oleh Chopin ialah Nocturne op. 9 no. 2, yang mana sesetengah orang mungkin mengetahuinya daripada skor filem. Manakala satu lagi, lagu rakyat Silesia bernama “Karliku,” mengisahkan seorang wanita belajar mengenai satu episod hidup Karliku, seorang pelombong. Memandangkan lagu ini pada asalnya dinanyikan dalam bahasa Poland, sebuah rakaman dikongsikan lebih awal, membolehkan para penyanyi bersedia untuk persembahan di rumah. Dalam minggu-minggu menuju Wikimania, anggota orkestra menyelaras persediaan mereka dalam sebuah sembang berkumpulan. Pasukan pengurus juga boleh menyusun untuk penyewaan alatan untuk pelawat antarabangsa. Kami putuskan untuk memakai pakaian semua hitam, jadi saya teringat untuk membawa pakaian hitam.
Raptai pertama – dan satu-satunya – kami
Selepas majlis pembukaan pada petang hari pertama persidangan, anggota WikiOrchestra telah bersama-sama berkumpul semasa makan malam. Sesetengah daripada mereka kelihatan seperti sudah mengenali antara satu sama lain, tetapi saya tidak pernah bertemu sesiapa sebelum ini. Pada hari kedua, saya ambil biola sewa saya dan memainkannya sedikit di hotel. Ia sebuah alat baharu, tetapi mempunyai bunyi yang padu dan jelas, dan saya tidak mempunyai masalah memainkannya.
Pada petang hari ketiga, kami akhirnya mengadakan raptai pertama kami di pentas utama yang akan digunakan juga untuk persembahan kami. Pada mulanya kami bersetuju dengan tempo dan memahami sendiri bahagian instrumental lagu “Karliku”, iaitu selepas koir kecil mula menyanyi. Memandangkan tiada pemimpin orkestra, pemain genderang kami membuat kiraan masuk. Para penyanyi berlatih lirik bahasa Poland dengan baik, dan hasilnya berbunyi dengan sangat baik, walaupun kepada warga tempatan yang mendengar kami. Selepas itu ialah raptai bagi Chopin, yang dipimpin oleh Kathrin Krichel, yang merupakan seorang Wikimediawan dan ahli muzik profesional. Bagi kedua-dua lagu, Lukas juga memberi kami arahan untuk bagaimana bermain muzik tersebut, yang mana semua pemuzik menurutinya dengan tekun.
Acara utama
Pada hari keempat dan hari terakhir persidangan, majlis penutup dimulakan dengan sebuah ucapan utama oleh pemain gitar, Gereon Kalkuhl. Ia sebuah ucapan berwawasan mengenai Wikipedia dan muzik. Lukas kemudiannya memperkenalkan WikiOrkestra, para anggotanya, dan muzik Chopin. Sementara itu, anggota orkestra, yang semuanya berpakaian serba hitam, masuk ke pentas, dan pemimpin muzik kami menyertai kami untuk memulakan persembahan. Ia bermula hanya dengan piano secara solo, tetapi kemudian diwarnai dengan alatan yang berbeza, mengisi ruang dewan dengan melodi yang mempesonakan. Anggota kembali ke tempat duduk dengan tepukan gemuruh, dan majlis penutup bersambung dengan anugerah bagi poster persidangan terbaik. Menghampiri penghujung majlis, WikiOrkestra muncul semula di atas pentas, bermula dengan penerangan Lukas mengenai lagu kedua, “Karliku”, selepas itu pemain dram memberi isyarat memulakan lagu. Suara wanita dan lelaki bersilih ganti untuk empat rangkap, diiringi dengan alatan tambahan, termasuk akordion dan ukulele. Pada rentak terakhir, kami semua melaungkan “hei!” dan mengangkat tangan ke udara.
Anggota orkestra, yang datang dari negara berbeza di seluruh dunia dengan pengalaman dan latar belakang muzik yang berbeza sepenuhnya, telah boleh untuk menzahirkan persembahan selepas hanya beberapa jam latihan. Saya rasa ia bukan hanya disebabkan kuasa muzik, tetapi juga disebabkan nilai yang dikongsikan oleh Gerakan Wikimedia, yang berasaskan kepada kerjasama. Pada hari seterusnya pula, gambar persembahan telah dimuat naik ke Wikimedia Commons, malah masukan Wikidata untuk kumpulan muzik ini juga telah dicipta. Dengan cara ini, WikiOrktestra telah berkongsi tema Wikimania 2024, “Kerjasama Terbuka.”
Can you help us translate this article?
In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?
Start translation