Kerjasama Kelab Wiki Malaysia – Kelab Wiki Turkey

Translate this post

Pada 20 Januari 2025, Kelab Wikimedia Kent berjaya melaksanakan Program Kerjasama Kelab Wiki Malaysia dan Kelab Wiki Turkey. Program ini seperti biasa adalah di bawah bimbingan Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (WCUGM). Program ini telah menghubungkan komuniti Wiki kedua-dua negara dengan usaha menulis dan memperkayakan lagi rencana Wikipedia mengenai budaya Malaysia dan juga Turki.

Tujuan Program

Usaha ini bermatlamat untuk memperkenalkan budaya setiap negara yang terlibat melalui pendekatan silang budaya. yang membolehkan kedua-dau komuniti ini berkongsi pemikiran yang lebih inklusif, holistik dan relevan dalam Wikipedia.

Mengenai Program

Program ini dibuka dengan sesi perkenalan setiap kelab sebelum pengenalan rasmi daripada Saudara Zahirul Nukman (wakil WCUGM). Sesi yang dinanti-nantikan adalah Editathon di mana sepanjang masa tersebut, peserta daripada Malaysia (Kelab Wikimedia Kent) dan Kelab Wiki Turkey mencipta artikel mengenai budaya kedua-dua negara. Di penguhujung program, sesi bergambar telah dijalankan bersama kedua-dua kelab sebagai memori indah sebelum pengumuman Editathon yang selanjutnya diumumkan.

Impak dan harapan daripada program ini

Puruan Kalab Wikimedia Kent maamaso poindalan Editathon. Evaaudreyanne CC-BY-SA-4.0

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti Wikipedia Malaysia dan Turki, tetapi juga dapat membuka ruang kepada ahli kelab untuk memahami keindahan budaya setiap negara. Diharapkan semoga lebih banyak kolaborasi seperti ini dilaksanakan di masa akan datang untuk memperkayakan lagi Wikipedia dengan artikel yang pelbagai.

Ilo’o lobi gumu:

https://meta.m.wikimedia.org/wiki/Kelab_Wiki_Kent/dtp

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?