Bandar Zamboanga menjadi tuan rumah Kelab Wiki pertama di Mindanao, Filipina

Translate this post
Peserta WikiGotong-Royong Zamboanga bergambar di tempat acara, Universiti Zamboanga. Gambar: Kozak005, melalui Wikimedia Commons

Terdapat tiga pulau utama di Filipina, Yang pertama ialah Luzon, pulau terbesar dan paling padat penduduk. Luzon menempatkan Manila, bandar ibu negara dan pusat pentadbiran. Pulau kedua terbesar ialah Mindanao, terletak di selatan negara, sebuah pulau di mana orang Moro dan Kristian Filipina tinggal dan berkongsi sebuah komuniti bersama. Yang ketiga ialah kepulauan Visaya, sekumpulan pulau di bahagian tengah kepulauan, kebanyakan orang di sini memahami dan bertutur dalam bahasa yang sama – bahasa Visaya.

Kebanyakan ahli Komuniti Wikimedia Filipina adalah dari Luzon dan Visaya. Penyunting Mindanao belumlagi terurus dan membina komuniti. Kebanyakan kegiatan jangkauan di Mindanao ialah sebahagian daripada kempen kebangsaan yang dilakukan oleh komuniti dari kawasan lain.

Shared Knowledge Asia Pacific ( SKAP), selepas menubuhkan Kelab Wiki Sebu telah mendapat permintaan untuk menubuhkan Kelab Wiki di Mindanao. Pilihan pertama ialah Bandar Davao, tetapi Bandar Zamboanga telah lebih pantas untuk mengurus dan menyusun.

Bandar Zamboanga mempunyai bahasa yang tersendiri – Chavacano, sebuah bahasa kreol berasaskan bahasa Sepanyol. Hanya dua kawasan di Filipina bertutur dalam Chavacano, Zamboanga dan Cavite. Tetapi penutur Cavite secara beransur-ansur berkurangan disebabkan usia dan pemodenan. Jejak bahasa Chavacano di Wikipedia ialah Wikikamus, ia telah terpendam lebih dari sedekad. Hanya pada 2025, ia kembali dikunjungi dan digiatkan.

Penganjur WikiGotong-Royong Zamboanga mengadakan lawatan hormat kepada Datuk Bandar untuk mewujudkan kerjasama dengan Kelab Wiki Zamboanga. Gambar oleh Kozak005, melalui Wikimedia Commons

Bekerjasama dengan Wikimedia Malaysia, penyumbang Wikimedia Butch Bustria mewujudkan pasukan untuk mengendalikan sebuah WikiGotong-Royong di Bandar Zamboanga. WikiGotong-Royong ini dikendalikan oleh Farouk Azim dan Zahirul Nukman. Para peserta diajar untuk menyunting Wikipedia dalam bahasa Chavacano, menyunting Wikikamus dan memuat naik gambar ke Wikimedia Commons.

Para peserta datang dari pelbagai bidang. Mereka ialah ahli bahasa, pegawai kebudayaan, media, pustakawan, pelajar dan kakitangan akademik, doktor dan kumpulan teknologi. Pada cara dua hari itu, kami turut mengetahui tentang bahasa Suluk (Tausug), budaya Tawi-tawi, dan dekatnya pulau kecil Filipina itu dengan pulau di Malaysia.

Para peserta belajar cara memuat naik gambar ke Wikimedia Commons. Gambar oleh Kozaak005, melalui Wikimedia Commons

Kami mengunjungi muzium, taman, bangunan pemerintah, universiti dan tempat lain semasa lawatan hormat, menjelajah sambil bergambar dan menerokai budaya. Kami menemuramah seorang ahli arkib, doktor, dekan universiti, pustakawan dan pegawai bandar. Kami memperkenalkan budaya pengetahuan terbuka, gerakan Wikimedia dan teras dan programnya.

Ia adalah sebuah kerjasama silang budaya yang berhasil. Pertukaran budaya antara Malaysia dan Filipina dalam hanya dua hari adalah sangat bermakna yang mana ia cara terbaik untuk memulakan tahun baharu.

Sehingga tarikh kini, Kelab Wiki Zamboanga telah mengusulkan sebuah projek kerjasama dengan pemerintah bandar dan telah mengendalikan sebuah WikiGotong-Royong di Bandar Davao.

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?