Memperkasakan Generasi Akan Datang dengan Memelihara Bahasa Orang Asal melalui WikiKata

Translate this post
Closing and Awarding Ceremony of WikiKata 2024

Dalam usaha memberikan inspirasi untuk memelihara bahasa orang asal di Malaysia, Komuniti Kumpulan Pengguna Wikimedia Malaysia telah bekerjasama dengan UNESCO Jakarta untuk menganjurkan “Pertandingan WikiKata 2024.” Inisiatif ini ialah sebahagian daripada matlamat yang lebih luas yang digariskan Dekad Bahasa Orang Asal Antarabangsa 2022–2032 UNESCO, yang mana memberi tumpuan memastikan kewujudan dan kebolehcapaian jangka panjang bahasa-bahasa orang asal, terutamanya dalam ruang digital. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pertubuhan mensasarkan untuk membawa bahasa orang asal Malaysia ke hadapan dengan mendokumenkannya ke dalam Wikikamus Bahasa Melayu. Kerjasama antara KKP Wikimedia Malaysia and UNESCO Jakarta bagi WikiKata 2024 dibina daripada kejayaan kerjasama lalu mereka pada November 2023 dengan penganjuran acara Bengkel Wikikamus. Acara pemula ini ialah latihan dan bengkel julung-julung kali bagi Wikikamus di kawasan Sabah, menarik 160 peserta anak muda yang penuh minat.

Bahasa orang asal seperti Iban di Sarawak, Kadazandusun di Sabah, dan Semai di Pahang dan Perak adalah sebahagian daripada warisan bahasa yang kaya di Malaysia. Bahasa-bahasa ini diajarkan di sekolah kerajaan melalui program Bahasa Ibunda Pelajar (POL), sebuah inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyokong pemeliharaan bahasa orang asal. Bagaimanapun, memelihara bahasa ini memerlukan lebih daripada pendidikan rasmi—ia menyeru kepada pendokumenan teguh dan capaian yang luas kepada sumber.

Selari dengan usaha ini, Pertandingan WikiKata 2024 membolehkan pelajar sekolah rendah dan menengah (berusia 7–17 tahun) yang belajar bahasa orang asal untuk secara giat menyumbang kepada pemeliharaan bahasa ibunda mereka dengan mencipta dan mengemas kini kandungan dalam Wikikamus Bahasa Melayu. Inisiatif ini memperkasakan pelajar untuk mendikumenkan takrifan kata, contoh penggunaan, kata seerti, dan lain-lain lagi, bagi memastikan bahasa ini kekal relevan dalam dunia digital.

Pertandingan ini dijalan secara dalam talian pada Disember 2024 dan melibatkan pelajar dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Para pelajar telah didedahkan dengan kemahiran digital tahap tinggi, membuatkan mereka calon sesuai untuk menyumbang ke dalam inisiatif ini. Dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, acara penyuntingan ini mendapat kesan yang besar.

Para pelajar ditugaskan untuk menambah masukan baharu atau mengayakan laman sedia ada yang berkaitan dengan tiga bahasa orang asal di dalam Wikikamus. Di akhir pertandingan ini, hadiah akan diberikan kepada penyumbang paling giat, yang memberi dorongan kepada penyertaan.

Bagi memastikan para pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menyumbang dengan berkesan, Pertandingan WikiKata 2024 menganjurkan empat sesi latihan. Sesi ini, yang mensasarkan para pelajar yang tidak pernah menyunting Wikikamus sebelum ini, mencakupi asas penyuntingan dan pendokumenan dalam talian. Sesi pelancaran rasmi dan latihan pertama telah diadakan secara maya pada 1 Disember, dengan diikuti sesi latihan bersemuka di:

  • Penampang, Sabah, bagi penutur Kadazandusun;
  • Sibu, Sarawak, bagi penutur Iban; dan
  • Tapah, Perak, bagi penutur Semai.

Bengkel bersemuka menawarkan latihan langsung kepada lebih 100 orang pelajar secara keseluruhan, mempersiapkan mereka untuk menyumbang lebih bermakna bagi memelihara bahasa mereka dalam ruang maya.

Acara ini melepasi sasaran awal 1,500 masukan kata baharu bagi keseluruhan bahasa etnik Kadazandusun, Iban, dan Semai, apabila mencapai jumlah keseluruhan 3,900 masukan. Pertandingan WikiKata 2024 telah berjaya melibatkan pelajar seluruh Malaysia, dengan 140 orang peserta menyumbang dalam pencapaian bersejarah pada Wikikamus. Dengan para pelajar mencipta masukan bagi bahasa Iban, Kadazandusun, dan Semai, mereka tidak hanya memelihara warisan bahasa mereka sahaja tetapi juga membangunkan kemahiran letrasi digital yang akan mereka dan komuniti mereka gunakan di masa hadapan. Sebagai penutup bagi pertandingan ini, sebuah majlis anugerah diadakan di Kompleks Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana hadiah diberikan kepada peserta teratas. Acara ini dirasmikan oleh Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Fadzilah Fadzil.

Melalui kerjasama ini, KKP Wikimedia Malaysia berterusan untuk menunjukkan kuasa teknologi dalam pemeliharaan budaya. Dengan menawarkan sumbur yang boleh dicapai dan bebas dalam bahasa orang asal, projek ini memastikan generasi akan datang akan mempunyai alatan yang mereka perlukan untuk menghubung dan memelihara identiti budaya mereka. Kepentingan kepelbagaian bahasa tidak boleh dipinggirkan, lebih-lebih lain dalam dunia digital yang semakin berkembang di mana banyak bahasa berisiko untuk rentan atau dilupakan. 

Inisiatif ini adalah bahagian kempen sejagat UNESCO untuk menggalakkan kepelbagaian nekabahasa dan memelihara bahasa orang asal dalam talian, selari dengan matlamat Dekad Bahasa Orang Asal Antarabangsa.

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?