
Komuniti Wikimedia Bandung telah menjalankan sebuah projek dinamakan WikiTutuwuhan, sebuah inisiatif pendokumenan tumbuhan yang didanai dan disokong oleh Dana Wiki Wikimedia Indonesia. Pasukan projek ini terdiri daripada 4 anggota: saya sendiri (A2613), Lany Pirnasari (Lany pirna), Rafli Noer Khairam (Raflinoer32), dan Hayati Mayang Arum (Hayati Mayang Arum).
Gambaran keseluruhan
Projek ini bertujuan untuk mendokumenkan tumbuhan terutama di 3 tempat di Jawa Barat: Taman Hutan Ir. H. Djuanda, di Bandung, Taman Botani Cibodas dan Taman Bunga Nusantara di Cianjur. Projek ini dijalankan dalam Januari–Februari 2025.
Jawa Barat ialah sebuah provinsi di Indonesia yang mempunyai biodiversiti yang kaya, terutamanya tumbuhan. Banyak spesies tumbuhan tumbuh di sini disebabkan tanah yang subur. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit pendokumenan tumbuhan dilakukan khususnya yang berlesen. Inilah sebab kenapa kami menjalankan projek ini.
Tidak hanya spesies tempatan…
Secara keseluruhan, kami telah mendokumenkan 542 gambar mewakili 186 spesies. Kami tidak hanya mendokumenkan spesie tumbuhan tempatan, tetapi kami juga mengambil gambar spesies tumbuhan asing dari beberapa rantau Dunia yang telah ditanam meluas di Jawa Barat. Satu contoh spesies asing yang kamu dokumenkan ialah Camellia japonica yang berasal dari Jepun.
Aspek botani
Dalam Projek WikiTutuwuhan, kami mengambil gambar bahagian vegetatif—seperti kulit, batang, daun, dan silara— dan bahagian generatif—seperti bunga, jambak bunga, buah, dan biji. Tambahan lagi, kami mengambil gambar keseluruhan jasad tumbuhan seperti pepohon, herba dan pokok renek. Kedua-dua bahagian vegetatif dan generatif ialah perkara penting untuk mempelajari lanjut mengenai tumbuhan.
Sebagai seorang pelajar yang mempelajari sains botani dan biologi, saya mendapati bahawa pendokumenan tumbuhan apa getir. Melalui gambar, kita boleh dengan mudah mengecam dan mengenal pasti morfologi spesies tumbuhan. Lebih-lebih lagi, pendokumenan memudahkan inventori tumbuhan yang merakamkan biodiversiti khususnya di Jawa Barat dan Indonesia.
Lebih penting lagi, ia boleh disediakan sebagai sumber pendidikan digital yang boleh dicapai oleh semua orang. Gambar-gambar ini boleh digunakan untuk tujuan pendidikan tidak hanya bagi pelajar pengkhususan utama sains berasaskan bio, tetapi untuk semua pelaja yang tertarik kepada botani.

Tindakan berpotensi akan datang
Saya berharap pendokumenan ini dapat digunakan dalam banyak projek Wiki, tidak hanya Wikimedia Commons dan Wikipedia, tetapi juga Wikispesies dan Wikidata. Saya percaya WikiTutuwuhan akan memperkaya projek Wiki yang lain terutama dalam istilah botani dan biologi. Tambahan lagi, data yang terkumpul boleh menyokong penyelidikan, pendidikan alam sekitar, dan usaha-usaha pemeliharaan biodiversiti.
Selanjutnya mengenai WikiTutuwuhan: https://commons.wikimedia.org/wiki/Commons:WikiTutuwuhan
Can you help us translate this article?
In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?
Start translation
