Biar saya terus terang. Apakah itu WikiBarus? Ia adalah sebuah pengembaraan oleh Komuniti Wikimedia Medan untuk melawat Barus, Tapanuli Tengah. Sebuah lawatan dalam usaha untuk memelihara dan mendokumenkan objek warisan budaya bersejarah dengan semangat nilai gerakan Wikimedia.
Untuk pengetahuan anda, Barus ialah sebuah pekan kecil yang terletak di pantai barat Sumatera. Menghadap terus ke arah Lautan India, menjadikan pemandangannya berpotensi untuk pelancongan. Ia juga dikenali dengan reputasinya sebagai titik mula penyebaran pengajian Islam di Indonesia dan sebuah tempat bersejarah yang menghubungkan laluan perdagangan dengan banyak kerajaan di masa silam.
Warisan budaya paling terkenal di Barus ialah perkuburan Islam lama dari abad ke-7, seperti Makam Papan Tinggi dan Kompleks Makam Mahligai. Disebabkan nilai sejarahnya, kami memutuskan untuk mengusulkan pengembaraan tiga hari untuk melawat Barus melalui program Dana Wiki oleh Wikimedia Indonesia. Sebuah program untuk membantu komuniti Wikimedia tempatan menjalankan sebuah projek kecil sederhana, dan ia boleh dibentuk sebagai sebuah jangkauan ke kawasan terpencil.
Kisah kami
Kami pergi ke sana dengan sebuah kereta sewa untuk enam penumpang dan seorang pemandu. Laluan yang kami ambil agak mencabar dan meresahkan. Kami melintasi sebuah gua di sebuah bukit curam dipanggil Batu Lubang, dan menetap semalaman di sebuah hotel di Kota Sibolga sebelum pergi ke Barus di sebelah pagi. Meluangkan keseluruhan hari meneroka kawasan, melawat tapak budaya yang lain selain makam seperti Muzium Fansuri.
Kami juga merasai jejak pejalan kaki dengan ribuan anak tangga untuk sampai ke Makam Papan Tinggi kerana ia terletak di bukit yang berkedudukan 200 meter di atas paras laut. Selepas itu, kami menutup pengembaraan kami dengan meneroka Kota Sibolga dalam meluangkan masa berbaki di belah malam.
Dampak kami
Apa yang kami telah lakukan di sana? Kegiatan kami berputar sekitar mendokumenkan dan mengayakan kandungan mengenai keberadaan Barus dan kekayaan bersejarahnya pada projek-projek Wikimedia seperti Wikidata, Wikipedia, Wikimedia Commons dan Wikilayar.
Pengembaraan kami bertujuan untuk memberi sumbangan kepada Gerakan Wikimedia sementara pada masa yang sama membukan capaian terbuka kepada maklumat yang berguna dan gambar berlesen bebas mengenai banyak tempat bernilai di Barus untuk semua orang. Pada akhir acara, kami boleh memuat naik lebih 500 keping gambar ke dalam Wikimedia Commons, 20 butir baharu pada Wikidata, 9 rencana baharu pada Wikipedia Bahasa Indonesia, dan menambah baik 2 rencana pada Wikilayar dalam laporan kegiatan kami.
Tindakan ini dijangka menjadi bantuan kepada industri pelancongan tempatan dan ekonomi setempat dalam mengembangkan kebolehcapaian maklumat mengenai Barus dalam media digital. Memberi sebuah galakan percuma terhadap wilayah yang berpotensi dalam pelancongan ini.
Trivia
WikiBarus ialah kesinambungan daripada kegiatan-kegiatan sebelum ini, WikiKaldera dan WikiBerastagi. Semua projek Wikimedan didanai oleh Wikimedia Indonesia melalui program Dana Wiki. Anda boleh melihat usul terperinci bagi WikiBarus pada pautan ini.
Akhir sekali, Komuniti Wikimedia Medan atau boleh dipanggil Wikimedan ialah komuniti Wikimedia tempatan bagi sukarelawan yang berpangkalan di Kota Medan, Sumatera Utara.
Can you help us translate this article?
In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?
Start translation

