Ulang Tahun ke-20 COSCUP

Translate this post

Tahun ini ialah ulang tahun ke-20 Persidangan bagi Pengekod, Pengguna dan Penggalak Sumber Terbuka (COSCUP), yang merupakan satu daripada acara sumber terbuka terbesar di Taiwan. Ini merupakan tahun ke-7 berturut-turut bagi Wikidata Taiwan sebagai tuan rumah bersama bagi sebuah trek persidangan di COSCUP bersama rakan kongsi kami sejak sekian lama OpenStreetMap Taiwan.

– Partner from Wikimedia Deutschland delivers their presentation on Wikidata.

Muncul buat kali pertama pada 2006, COSCUP ialah sebuah persidangan tahunan oleh komuniti sumber terbuka Taiwan. Ia bertujuan untuk untuk menyediakan sebuah pelantar, sebuah ruang bagi anggota komuniti sumber terbuka untuk berhubung antara satu sama lain dan mengembangkan ufuk kita melangkaui perseorangan. Sejak 2020, persidangan tersebut mengangkat model tanpa pendaftaran dan kekal terbuka kepada semua tanpa bayaran; sesiapa boleh menyertai mana-mana trek persidangan yang mereka ingin sertai, tanpa perlu daftar awal. Dalam tahun kebelakangan ini, COSCUP juga berkembang dengan kegiatan-kegiatan sampingan yang tidak berkaitan seperti penjagaan kanak-kanak, urutan, sudut godam, perbincangan ringkas, dll.

Tahun ini, Wikidata Taiwan mengajak rakan baru dan lama, dan paling penting, kami juga mengajak rakan kami dari Wikimedia Deutschland untuk menyambut bersama dalam pencapaian istimewa ini, berkongsi cerita kita kepada semua.

Serlahan daripada Trek Wikidata & OpenStreetMap

Trek bersama kami penuh bertenaga, yang mana para penyumbang berkongsi tidak hanya hal-hal teknikal mereka tetapi juga cerita di sebalik projek mereka. Daripada memetakan kawasan terpencil hingga menstrukturkan data budaya tempatan, setiap perbincangan menunjukkan bagaimana data terbuka berkesinambungan untuk menyambung pengetahuan sejagat dengan cerita tempatan.

Apa yang amat menonjol ialah percampuran muka lama dan pembentang kali pertama. Penyumbang yang berpengalaman memberikan renungan mengenai cabaran-cabaran jangka panjang seperti kualiti data dan kemampanan, sementara penyumbang baharu membawa ujikaji segar, cara menggunakan Wikidata dengan ria, usaha-usaha pemetaan yang kreatif. dan gabungan tak terjangka, menyeimbangkan antara pengalaman dan idea baru adalah apa yang menjaga usahasama ini terus hidup selepas sekian lama.

Menjangkau Acara dan Masa Depan

Seperti biasa, detik paling diperingati selalu berlaku di luar daripada bilik persidangan; antara sidang-sidang, orang berkumpul mengelilingi komputer riba, berkongsi hidangan dan cerita, membina hubungan dengan rakan baharu, atau hanya bersembangt dengan rakan lama. Acara ini ialah peringatan kepada apakah maksud sebenar sumber terbuka, dan seberapa besar kita berkembang sebagai sebuah komuniti yang nilainya bukan keuntungan, tetapi hubungan manusia.

– Rakan kongsi dari Wikimedia Taiwan berkongsi pengalaman daripada kegiatan komuniti mereka.

Dengan lebih banyak projek rentas komuniti yang muncul, lebih banyak cara untuk berkongsi dan berhubung dengan pengetahuan yang menghargai alatan AI yang semakin muncul, komuniti, dan COSCUP, akan terus berkembang sejauh yang nampak pada masa depan.

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?