Mengalu-alukan Ahli Jawatankuasa Dana Serantau ESEAP

Translate this post
Logo Kerjasama Serantau Wikimedia ESEAP
(Exec8, CC BY-SA 4.0, Tersedia di Wikimedia Commons)

Jawatankuasa Dana Serantau Wikimedia Asia Timur, Asia Tenggara & Pasifik (ESEAP) telah bertugas sejak 2021, menyediakan masukan komuniti ke dalam jaliran geran berbeza bagi Dana Komuniti Wikimedia, memberi nasihat kepada pemohon geran, dan berkongsi kepakaran dalam konteks serantau.

Proses penyemakan geran memerlukan suatu pertimbangan manfaat kepada gerakan, bermanfaat kepada projek Wikimedia, bermanfaat kepada rakan sekutu, dan kesan keseluruhan. Oleh yang demikian, adalah penting bahawa komuniti boleh menambah suara mereka ke dalam proses pembuatan keputusan ini.

Dalam persiapan untuk tempoh geran 2025-2026, jawatankuasa mengalu-alukan anggota baharu, yang akan menyertai kami untuk tempoh yang merangkumi hari jadi ke-25 Wikipedia, dan tahun pertama kerjasama dengan Jawatankuasa Pengagihan Sumber Sedunia. Kami amat terhutang budi bahawa mereka menyumbangkan masa mereka kepada komuniti, dan kami merasakan ini peluang untuk menyediakan sebuah gambaran keseluruhan mengenai proses pengambilan anggota dan memperkenalkan mereka yang menyertai kami.

Panggilan terbuka bagi ahli baharu telah dibuat pada 11 Julai 2025, bersama-sama dengan panggilan bagi beberapa rantau yang lain. Panggilan ini kekal dibuka untuk sebulan, sehingga 10 Ogos 2025. Temuduga telah diadakan dengan para pemohon dari 25 Ogos hingga 2 September.

Semasa penilaian, penemuduga ingin memahami kemahiran dan dorongan semua calon. Sangat berharga bagi calon-calon untuk mempunyai pengalaman dalam projek Wikimedia dan pengalaman dalam gerakan Wikimedia, begitu juga pengalaman luar berkaitan penilaian geran, pengurusan projek, atau kemahiran lain yang bersesuaian.

Juga penting adalah bagaimana kemahiran dan pengalaman mereka melengkapkan jawatankuasa. Wikimediawan rantau ESEAP mempunyai latar belakang bahasa yang sangat pelbagai, pengalaman dan kematangan rakan sekutu, dan sumbangan sebelum ini kepada pengetahuan bebas. Kami mencari sebuah jajaran pengalaman dalam pelbagai bidang tema, latar belakang geografi, dan penyertaan dalam projek Wikimedia yang berbeza.

Kami juga suka untuk mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada ahli JdS ESEAP yang beru-baru ini mengundurkan diri di atas masa, sumbangan dan kerjasama yang mendalam – Taweetham, Kunokuno, dan Alphama

Ahli baharu!

Di akhir proses ini, kami berbesar hati kepada indivisu berikut yang bersetuju untuk menyumbang masa mereka kepada jawatankuasa:

Chlod Aidan Alejandro (User:Chlod)

Chlod Aidan Alejandro
(Robert Sim, CC BY-SA 4.0, Tersedia di Wikimedia Commons)

Chlod ialah seorang penyunting dan pengaturcara dari Filipina. Dia mengerjakan hal-hal perisian bagi gerakan Wikimedia, seperti skrip, alatan, dan sambungan, sementara turut menyumbang kepada Wikipedia Bahasa Inggeris. Dalam rantau ESEAP, dia menggerakkan libat urus belia dan membantu menganjurkan acara seperti Sidang Kemuncak Strategi ESEAP 2025.

Dennis Raylin Chen (User:Supaplex)

Dennis Raylin Chen
(Natsu621, CC BY-SA 4.0, Tersedia di Wikimedia Commons)

Dennis ialah penyumbang Wikidata dan OpenStreetMap dari Taiwan. Dia mula menyumbang ke Wikipedia pada 2005 dan ke OpenStreetMap pada 2010. Dia kini berkhidmat sebagai pengerusi Wikimedia Taiwan (2020-2025). Dia membantu menguruskan WikidataCon 2023 di Taipei, sebuah usahasama antara Wikimedia Taiwan dan Wikimedia Deutschland.

Fitriayu Penyalai (User:Fitri_Penyalai)

Fitriayu Penyalai
(Gunarta, CC BY-SA 4.0, Tersedia di Wikimedia Commons)

Fitriayu telah menjadi sebahagian daripada gerakan terbuka sejak 2017, bermula dengan Creative Commons Indonesia dan kemudian menyertai Wikimedia Indonesia. Dari 2022 hingga 2025, dia bekerja dengan Projek Wiki melalui Sumber Pendidikan Terbuka, terutama Wikimedia Commons dan Wikibuku. Dia menanti-nantikan untuk menyumbang pengalamannya dalam inistaif berasaskan komuniti.

Marshall Clark (User:Marshelec)

Marshall Clark
(Jonny Knopp, CC BY-SA 4.0, Tersedia di Wikimedia Commons)

Marshall ialah seorang pesara jurutera profesional dan penyunting Wikipedia yang aktif di New Zealand. Dia juga ialah ahli pengasas Wikimedia Aotearoa New Zealand (WANZ) Diperbadankan, dan kini berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.

Sarawut Khamset (Liam) (User:Wutkh)

Sarawut Khamset (Liam)
(Tvcccp, CC0 1.0, Tersedia di Wikimedia Commons)

Liam ialah seorang pelajar pascasiswazah dan komputeran, terutama dalam hubungan manusia-komputer, dengan biasiswa penuh dari Pemerintah Diraja Thai. Dia menjadi aktif melibatkan diri dalam gerakan Wikimedia sejak 2021 dan menyertai Wikimedia Thailand pada 2024. Kini, beliau berkhidmat sebagai seorang pentadbir bagi Wikipedia Bahasa Thai.

Taufik Rosman (User:Tofeiku)

Taufik Rosman
(Ahmad Ali Karim, CC0 1.0, Tersedia di Wikimedia Commons)

Taufik ialah Wikimediawan Tahunan 2023. Dia sukarelawan aktif dari Sabah, Malaysia, dan memberi tumpuan untuk mendekati masyarakat orang asal untuk membantu memelihara bahasa dan budaya mereka. Dia menanti-nantikan untuk membantu semua orang dengan geran mereka berdasarkan pengalaman lepasnya yang pernah memohon dan mengendalikan geran.

Kami menanti-nantikan untuk mengetahui tentang mereka dengan lebih baik dan bekerjasama dengan mereka untuk menyambung membina di atas kekuatan rantau ESEAP. Jika anda menemui mereka, ucapkan helo! Sokongan dan kerjasama anda akan membantu mereka rasa dialu-alukan dalam melakukan peranan mereka.

Quokka ESEAP
(GnangarraCC BY 2.5 AU, Tersedia di Wikimedia Commons)

Catatan: Rencana dalam Bahasa Melayu ini diterjemah oleh Rulwarih.

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?