Tandakan takwim anda! – 2026 akan membawa kita persidangan serantau kali ke-4 bagi komuniti-komuniti Wikimedia merentasi ranntau ESEAP (Asia Timur, Asia Tenggara dan Pasifik), yang akan diadakan di Kaohsiung(高雄), Taiwan, dari 15 hingga 17 Mei 2026. Persidangan tiga hari ini, di bawah tema “Era Baharu ESEAP: Merintis Masa Depan Bersama!”, akan tidak hanya meraikan 25 tahun Wikipedia dan projek saudaranya, tetapi juga memandang ke depan untuk bagaimana komuniti ESEAP boleh membentuk 25 tahun yang seterusnya dan lebih dari itu.

Era Baharu ESEAP: Merintis Masa Depan Bersama!
Persidangan ESEAP 2026 menandakan pertemuan besar bersemuka pertama sejak Hab ESEAP mula bergerak secara rasmi, menjadikan ia sebuah pencapaian untuk kerjasama dan perangkuman serantau. Dengan sekitar 150 penyertaan bersemuka dan yang lain-lain menyertai secara dalam talian melalui format hibrid, persidangan ini akan memperkuat hubungan geakan dan menyumbang kepada perkembangan pengetahuan bebas global. Tambahan daripada atur cara utama, atur cara tahun ini akan menampilkan Runut Tumpuan mengenai Wanita dan Kejantinaan, Belia, dan Utus Tadbir Hab, menilang kembali perbahasan semasa mengenai kepimpinan dan kerjasama mampan dalam rantau. Buat pertama kalinya, sidang utama akan juga disiarkan secara langsung dengan interpretasi masa sebenar dalam bahasa Inggeris, Cina, Korea, Jepun, dan Indonesia, untuk memastikan para Wikimediawan seluruh ESEAP dapat menyertai dan terlibat dari manapun mereka berada.
Bagaimana Untuk Menyertai Persidangan?
Kami sukacitanya mengundang para Wikimediawann dari seluruh rantau ESEAP untuk mengambil tempat dalam persidangan akan datang — sama ada dengan memohon biasiswa untuk datang secara bersemuka, dan/atau dengan menghantar kertas cadangan atur cara untuk berkongsi kerja-kerja, projek dan pandangan komuniti anda.
- 🗓️ 9–30 November 2025 (AoE): Permohonan Biasiswa
Biasiswa akan menanggung penuh penyertaan secara bersemuka di persidangan, dengan kira-kira 80 orang penerima akan menerima. Permohonan boleh dihantar dalam Bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Korea, Indonesia, Melayu, Tagalog, Thai, atau Vietnam. Perincian penuh dan garis mana permohonan tersedia di laman ESEAP Conference 2026/Scholarships. - 🗓️ 20 November–20 Disember 2025 (AoE): Penyerahan Atur Cara
Runut atur cara merangkumi bidang-bidang seperti Kisah Komuniti, Pembinaan Kapasiti, Keperlbagaian & Perangkumam, Teknologi……dan banyak lagi. Setiap cadangan akan dinilai dalam runutnya yang sesuai untuk membantu menjadikan sebuah atur cara yang seimbang dan menawan. Penyerahan boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Cina, atau Indonesia. Untuk penerangan terperinci mengenai runut atur cara, format sidang, dan garis panduan penyerahan, sila kunjungi laman ESEAP Conference 2026/Program. - Bagi peserta swabiaya, yuran pendaftaran ialah USD 20 setiap seorang untuk persidangan tiga hari. Pendaftaran umum adalah dijangka akan dibuka kira-kira tiga bulan sebelum acara dan akan ditutup apabila telah mencapai kapasiti di tapak acara.
Jumpa Anda di Kaohsiung!
Bandar tuan rumah kita, Kaohsiung, di selatan Taiwan, ialah sebuah hab antarabangsa yang sedang membangun di mana budaya tempatan bertemu dengan komuniti pelbagai dari Asia Tenggara — sebuah biasan kepada semangat ESEAP sendiri. Sama seperti gerakan kita meraikan kerjasama merentasi bahasa dan sempadan, Kaohsiung merangkul kepelbagaian budaya dan hubungan dalam kehidupan setiap hari. Melangkaui dewan persidangan, para peserta boleh meneroka dermaga kota yang mesra, menikmati makanan pasar malamnya yang terkenal, dan pengalaman layan baik yang menggambarkan Taiwan. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran anda di sana pada Mei 2026!
Untuk kekal terkemas kini dengan perkembangan semasa dan pengumuman, sila ikuti:
- 🌐 Meta-Wiki: ESEAP Conference 2026
- 📸 Instagram: @eseap_conference_2026
- 📘 Facebook: @ESEAPConf2026
- ✉️ E-mel: conference@eseap.org
Can you help us translate this article?
In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?
Start translation