Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia bersama-sama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan dan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan/Pekan/Maran telah mengadakan program photowalk biodiversiti di Taman Eko-Rimba Bukit Pelindung pada 21 Jun 2026 yang juga sebahagian kempen Wiki Cinta Bumi Malaysia 2026 (Wiki Loves Earth Malaysia 2026). Program tersebut telah diadakan pada 8:00 pagi sehingga 4:00 petang di Bilik Seminar IM8, Kuantan, Pahang dan Taman Eko-Rimba Bukit Pelindung. Program ini juga telah dirasmikan oleh En. Norkasmadi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan (Sektor Pembangunan Murid) dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan.
Di dalam program ini seramai 31 peserta, termasuk murid sekolah menengah dan guru sekitar daerah Kuantan, telah terlibat untuk mendokumentasi flora dan fauna tempatan di Bukit Pelindung untuk memperkayakan kandungan dalam Wikimedia Commons. Sekolah yang terlibat dalam program photowalk ini ialah SMK Tengku Afzan, SMK Seri Panching, SMK Beserah, dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan. Tambahan pula, lima Wikimediawan dan Wikimediawati yang bersama-sama menjadi fasilitator untuk memberi tunjuk ajar latihan Wikimedia Commons: Wafiq Aqil, Asmah Federico, Jurina Jonimin, Bluster Jainon, dan Farish Hamka. Kumpulan-kumpulan ini juga dibantu oleh 5 kakitangan daripada Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran yang diketuai oleh En. Fazmil, yang membimbing peserta dan memastikan keselamatan peserta terjamin ketika program berlangsung di dalam hutan.
Dengan bekerjasama secara langsung bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan dan Pejabat Hutan, kami berjaya merapatkan jurang di antara institusi dan semangat belia. Dengan memasukkan hasil tangkapan mereka yang unik dan terus dalam Wikimedia Commons bawah lesen terbuka, murid-murid secara aktif menutup jurang keterlihatan digital untuk keunikan ekosistem alam semula jadi Malaysia. Pengalaman terbuka ini bukan sekadar mengajar peserta berkaitan biodiversiti malahan diperkenalkan juga kepada mereka nilai teras pengetahuan yang terbuka serta literasi digital.
Menurut Puan Laili, guru pengiring dari SMK Tengku Afzan memberi maklum balas bahawa aktiviti ini bermanfaat untuk mengisi masa lapang murid dengan membuat sesuatu yang mampu meningkatkan pengetahuan murid berhubung biodiversiti Malaysia semenatara menyumbangkan gambar bermakna kepada masyarakat.

Tambahan pula, guru-guru yang menyertai program ini juga memberikan maklum balas untuk perancangan masa hadapan, mencatatkan bahawa hebahan awal mampu membantu mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk keperluan photowalk. Sementara itu, acara ini yang sangat menarik juga guru-guru menekankan perlu adanya kapasiti fizikal. Mereka juga bercadang program ini perlu dirancang lebih awal dengan mengadakan pada hari Sabtu berbanding hari Ahad untuk peserta berehat pada hari hujung minggu dengan lebih baik.
Murid-murid juga berkongsi maklum balas yang baik mengatakan program yang menarik dan berpendidikan. Sesetengah peserta juga menyatakan dengan minat yang mendalam di mana perlunya memperluas program sebegini melangkaui dari satu hari, dengan sesetengah pelajar mencadangkan program ini pada masa akan datang distrukturkan sebagai acara gaya seperti hari perkhemahan dengan diadakan selama beberapa hari.
Secara keseluruhan, program ini selesai dengan sebanyak 238 gambar berjaya dimuat naik ke dalam Wikimedia Commons oleh para peserta, semuanya dalam tempoh dua jam berikutkan sesi latihan Commons yang awal. Metrik ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam menyumbang gambar berbanding data sebelum ini program photowalk pertama diadakan di Hutan Lipur Chemerong.
Melihat kejayaan program ini, pihak Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia akan mengambil maklum balas peserta sebagai pertimbangan untuk memperbaik perancangan demi pendidikan masa akan datang dan program jangkauan alam sekitar.
Can you help us translate this article?
In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?
Start translation

