Meetup Dalam Talian Sulung Wikimedia Kimaragang: Mengukuhkan Komuniti, Memperkasa Pengetahuan Digital

Translate this post
Jjurieee, CC BY-SA 4.0, via Wikimedia Commons

Susulan penganjuran meetup fizikal sebelum ini, Komuniti Wikimedia Kimaragang telah berjaya menganjurkan Meetup Dalam Talian Siri 1 pada 19 September 2026, bermula jam 8.00 hingga 9.00 malam. Perjumpaan dalam talian yang sulung bagi komuniti ini dilaksanakan dengan bimbingan Wikimedia Community User Group Malaysia (WCUGM). Sesi yang dikendalikan oleh penyelaras(Blusjai) meetup ini dihadiri oleh 10 orang ahli komuniti Kimaragang, 2 orang wakil WCUGM (Tofeiku, Rulwarih), serta seorang wakil daripada komuniti Bahasa Kadazandusun (Jjurieee).

Jjurieee, CC BY-SA 4.0, via Wikimedia Commons

Pengenalan Misi Wikimedia dan Capaian Maklumat Etnik Kimaragang

Sesi dimulakan dengan pengenalan mengenai Yayasan Wikimedia dan WCUGM. Dalam pengenalan ini, penekanan diberikan kepada misi utama Wikimedia iaitu membebaskan pengetahuan untuk semua. Misi ini dikaitkan secara langsung dengan potensi etnik Kimaragang untuk meningkatkan capaian maklumat berkaitan budaya dan bahasa mereka di peringkat global. Selain itu, platform Wikimedia turut diketengahkan sebagai ruang untuk komuniti berinteraksi dan bertukar fikiran tanpa batasan sempadan.

Perkembangan Aktiviti Komuniti dan Misi Wikipedia Kimaragang

Sesi diteruskan dengan perkongsian ringkas mengenai aktiviti yang telah dijalankan oleh komuniti sejak pertemuan fizikal yang pertama pada Ogos 2026. Pihak penyelaras turut menegaskan semula matlamat utama komuniti, iaitu merealisasikan kewujudan Wikipedia Bahasa Kimaragang. Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas, penyelaras bersama rakan dari WCUGM memaparkan contoh artikel bahasa Kimaragang yang telah ditulis di dalam Wikimedia Incubator.

Pendaftaran Akaun Wiki bagi Penyunting Baharu

Sebagai langkah praktikal, ahli-ahli baharu dibimbing oleh wakil komuniti BKD secara langsung untuk mendaftar akaun Wiki masing-masing. Langkah ini menjadi tanda permulaan penglibatan mereka sebagai ahli dan penyunting aktif dalam projek Wikimedia Kimaragang.

Perancangan Lanjutan: Bengkel Penulisan Artikel Fizikal

Sebagai langkah susulan, pihak penyelaras dengan bimbingan WCUGM merancang untuk mengadakan Bengkel Penulisan Artikel Wikimedia Incubator Kimaragang secara Fizikal pada akhir tahun ini. Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan membimbing ahli komuniti menghasilkan lebih banyak kandungan artikel Bahasa Kimaragang Dalam .

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?