Wikimania 2023: Looking back at Day 2 and ahead to Day 3

Salam sejahtera daripada Singapura dan seluruh dunia! Kami tidak sabar ingin berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai hari kedua Wikimania 2023, serta apa yang patut anda nantikan bagi hari ketiga. 

Dewasa ini, kecerdasan buatan (AI) telah menjadi buah mulut dan mikropemproses orang ramai. Perbincangan panel “ChatGPT lwn. WikiGPT: Cabaran dan Kesempatan dalam memanfaatkan AI penjana bagi Projek Wikimedia” memperlihatkan ramai orang daripada latar berbagai-bagai berbincang tentang masa depan projek-projek Wikimedia pada zaman AI penjana. Shani Evenstein-Sigalov memudah cara sepanel yang terdiri daripada Jimmy Wales, Andrew Lih, Netha Hussain dan Galder Gonzalez. Anda boleh tonton rakamannya di YouTube

Ini kata-kata ahli panel Andrew Lih tentang AI:

Kita juga telah melihat liputan pertama akhbar dalam bahasa Melayu berkenaan Wikimediawan Tahunan dengan tetamu khas Wikimediawan Tahunan, Taufik Rosman, serta Eugene Ormandy, selaku Pendatang Baharu Tahunan. Tonton siaran temu bual tersebut:

Beberapa gambar menarik daripada hari kedua:

Peringatan: sekiranya anda ingin menonton semula sesi terakam, anda boleh menemuinya semua di YouTube. Versi disunting akan tersedia di Wikimedia Commons setelah acara selesai.

Banyak lagi menanti anda! Jadual penuh acara adalah di eventyay. Berikut merupakan beberapa sesi pada hari Jumaat yang anda mungkin ingin sertai: 

Peringatan: anda masih boleh mendapatkan tiket maya untuk menyertai selebihnya daripada Wikimania 2023!