Projek Persahabatan Wikimedia Jepun-Malaysia dilancarkan

Pada 1 September 2023, saya (Eugene Ormandy) dan Taufik Rosman telah melancarkan sebuah projek yang diberi nama Persahabatan Wikimedia Jepun-Malaysia. Projek ini bertujuan untuk memperkaya kandungan Wikimedia mengenai Jepun dan Malaysia dan memperkukuh kerjasama antara dua komuniti.

Sebelum pelancaran

Kami telah bertemu buat pertama kali di Wikimania 2023 di Singapura dan menjadi akrab. Kami mempunyai beberapa persamaan; menguruskan komuniti Wikimediawan pelajar, menganjurkan editaton, dan mahu semua orang sambung menyunitng. Secara tidak langsung, kami berjanji untuk bekerjasama selepas acara ini. Kemudian, pada 1 September, kami melancarkan projek ini.

Bongkah W di Wikimania 2023. Wikimedia Commons [[File:Wikimania 2023 20230818 155735.jpg]] (ZKang123, CC BY-SA 4.0)

Mesej untuk Wikimediawan

Selepas pelancaran, kami mengutuskan mesej kepada para Wikimediawan.

Wahai Wikimediawan Malaysia,

Selamat sejahtera. Ini Eugene Ormandy dari Jepun. Saya dan Taufik telah melancarkan projek diberi nama [[Persahabatan Wikimedia Jepun-Malaysia]] di MetaWiki. Projek ini bertujuan untuk memperkaya kandungan Wikimedia mengenai Jepun dan Malaysia dan memperkukuh kerjasama antara dua komuniti.

https://meta.wikimedia.org/wiki/Wikimedia_Japan-Malaysia_Friendship

Di bawah projek ini, kita akan membuat hantaran blog atau menganjurkan beberapa acara. Sekiranya anda berminat dengan projek ini, sila tambahkan nama anda di ruangan “Peserta”

Sekiranya anda mempunyai soalan atau permintaan, jangan teragak-agak untuk lontarkannya di laman perbincangan.

Saya berharap kita akan menjadikan Wikimedia lebih baik bersama-sama.

Yang benar,

Eugene Ormandy

Apa selepas ini?

Kita akan melakukan pelbagai kegiatan seperti editaton, hantaran blog, dan pertemuan-pertemuan. Saya berharap kegiatan-kegiatan ini akan menyumbang kepada penambahbaikan Wikimedia dan memperkukuh persahabatan kita.

Perakuan

Saya menghargai ramai orang; Taufik, Wikimediawan Malaysian dan Jepun, dan petugas Wikimania 2023.