Taufik Rosman dan Eugene Ormandy ditemu ramah oleh BBC

Pada Ogos 2023, Wikimediawan Malaysia Taufik Rosman dan Wikimediawan Jepun Eugene Ormandy ditemu ramah oleh BBC untuk audio siar “TECH LIFE.”

Temu ramah

Temu ramah ini dilaksanakan dalam talian pada 22 Ogos 2023. Kakitangan Yayasan Wikimedia Junko Nakayama dan Vidhu Goyal juga menyertai temu ramah ini untuk menyokong Wikimediawan ini.

Audio siar

Temu ramah ini diterbitkan di rancangan hari berikutnya “Why do smart speakers get facts wrong?” (“Mengapa penutur pintar mendapatkan fakta yang salah?”) Dalam temu ramah ini, dua Wikimediawan memperkenalkan perjalanan dan minat mereka sebagai penerima anugerah Wikimediawan Tahun Ini 2023. Anda boleh mendengarnya di tapak rasmi atau Spotify. Temu ramah Wikimediawan bermula dari 22:30.

22:30

Comments from Wikimedians who listened to the podcast

Wikimediawan Jepun Takenari Higuchi, seorang ahli Komuniti Wikipediawan Pelajar di Universiti Waseda Tokyo, mendengari audio siar ini dan membuat ulasan di Twitternya (X). Takenari berkata ramai orang nampak tertanya-tanya sebab Wikimediawan menyumbang kepada projek-projek Wikimedia tanpa ganjaran.

Twit Wikimediawan Jepun Takenari Higuchi. Arkib twit pertamanya di sini. Yang kedua di sini.

Wikimediawan lain juga memberi ulasan kepada saya.

  • Sangat jarang Wikipediawan yang mengerjakan Wikipedia bukan bahasa Inggeris diliputi oleh BBC. Saya berharap lebih ramai orang akan sedar bahawa Wikipedia, termasuk versi bukan bahasa Inggeris, dijalankan oleh manusia biasa, bukannya bot yang tiada perasaan. — Pengguna:さえぼー (Dr. Sae Kitamura, Jepun)
  • Sebagai Wikipediawan, saya pernah dengar anugerah Wikimediawan Tahun Ini sebelum ini tetapi telah memikirkannya sebagai sesuatu yang jauh. Audio Siar Tech Life ini baik kerana saya dapat tahu lebih lanjut tentang pemenang anugerah, cara mereka terlibat dengan Gerakan Wikimedia Movement, dan dorongan mereka untuk menyumbang. — Pengguna:ネイ(Penyelia Wikipedia bahasa Jepun, Kelab Wikipediawan Toumon Jepun)
  • Seseorang yang minat dengan kata-kata Taufik dan Eugene seseorang yang minat muzik klasik Jepun. Projek-projek Wikimedia telah memberi mereka pelbagai peluang untuk dikerjakan mengikut minat mereka. Hal ini pula membentuk laluan untuk belajar, berusaha dan berjaya. Saya patut menekankan contoh-contoh dalam temu ramah yang anda dengari ialah contoh yang sangat baik orang muda menyumbang kepada projek-projek Wikimedia mengikut minat mereka dan menemui potensi mereka. —Pengguna:Kurmanbek (Wikimediawan Kumpulan Pengguna Bahasa-bahasa Turkik & Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Turki)
  • Saya kagum dengan kegiatan mereka yang bercita-cita tinggi untuk berkongsi pengetahuan. Keadaan Wikipedia di Jepun tidak diketahui umum, walaupun terdapat persekitaran yang orangnya boleh menggunakan Wikipedia dari usia yang muda, kuliah tentang Wikipedia diberi, dan hasilnya, lahirnya Wikipediawan hebat yang ini. Sepatutnya ada komunikasi yang lebih terperinci dan aktif tentang penerimaan dan penyebaran Wikipedia di Jepun. — User:McYata (Kelab Wikipediawan Toumon Jepun)

Penghargaan

Sebagai salah satu orang yang ditemu ramah, saya menghargai ramai orang; kakitangan BBC, kakitangan Yayasan Wikimedia, Taufik, dan Wikimediawan yang mendengari audio siar ini. Saya harap lebih ramai Wikimediawan mengungkapkan idea atau kegiatan mereka dalam temu ramah. 

No comments

Comments are closed automatically after 21 days.