WikiGotong-Royong Persahabatan Wikimedia Japan-Malaysia September 2023

Pada 24 September 2023, Kelab Wikipediawan Toumon Jepun dan Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia bersama-sama menganjurkan sebuah WikiGotong-Royong (editaton) di bawah projek persahabatan Wikimedia Jepun-Malaysia. Mereka menyunting rencana Wikipedia articles mengenai komuniti mereka.

Poster bagi WikiGotong-Royong. (Zahirulnukman, CC BY-SA 4.0)

Tempat

Acara ini ialah acara hibrid: sebahagian Wikimediawan Jepun berkumpul di sebuah ruang kerja di Tokyo dan sebahagian Wikimediawan Malaysia bekumpul di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, semua peserta acara ini dihubungkan melalui Zoom.

Tempoh

Dari 14:00 hingga 14:15 MST, kami memperkenalkan diri masing-masing. Setiap peserta menunjukkan minat masing-masing dan menerangkan apa yang mereka suka sunting. Dari 14:15 hingga 16:30 MST, kami memberi tumpuan dalam menyunting dan sebahagian Wikimediawan bersembang dalam Zoom. Selepas menyunitng, kami mempersembahkan dapatan acara ini.

Dapatan

WikiGotong-Royong ini menghasilkan penciptaan 24 rencana baharu dalam Wikipedia bahasa Melayu dan Jepun. Sejumlah 13 rencana sedia ada telah ditambah baik, manakala 6 fail telah dimuat naik ke Wikimedia Commons! Anda boleh menyemak dapatannya di Papan Muka Capaian (Outreach Dashboard) dan membaca mesej daripada peserta di MetaWiki.

Penghargaan

Kami ingin berterima kasih kepada semua peserta dan Junko Nakayama, anggota kakitangan Yayasan Wikimedia, atas sokongan terhadap acara ini.

Ahmad Ali Karim, CC BY-SA 4.0

No comments

Comments are closed automatically after 21 days.