Kelab Wiki Kent Menggalakkan Penyertaan Pelajar Sekolah Rendah dalam Projek Wikimedia

Translate this post
Pelatih daripada Kelab Wiki kent. Wikimedia Commons (Jjurieee, CC BY 4.0)

Pada 19 April 2024, Kelab Wiki Kent IPGM Kampus Tuaran telah melaksanakan program ‘Wiki id sikul’ yang juga bertujuan untuk mendedahkan murid-murid terhadap kewujudan platform Wikimedia sebagai satu projek yang percuma, bebas dan boleh disunting serta diakses pada bila-bila masa sahaja. Program ini pada dasarnya menekankan pengalaman murid dalam projek Wikikamus. Justeru, melalui program ini, seramai 43 murid daripada tahun 5 dan tahun 6 SK Kindu terlibat. Sehubungan dengan itu, kumpulan pelatih daripada Kelab Wiki Kent mengagihkan murid dalam 15 kumpulan kecil agar setiap murid berpeluang untuk membentuk pengalaman menyunting dan menambah kosa kata dalam Wikikamus.

Pengajaran menyunting dalam Wikikamus. Wikimedia Commons (Blusjai, CC BY-SA 4.0)

Di akhir aktiviti program ini yang berlangsung selama 2 jam, murid-murid telah Berjaya memasukan kosa kata sebanyak 260 kata baharu dalam Wikikamus. Iaitu terjemahan Bahasa Kadazandusun(dtp) kepada Bahasa Melayu(ms) dan Bahasa Bajau(bdr) kepada Bahasa Melayu(ms). Kelab Wiki Kent berharap agar lebih ramai generasi muda yang mengenali projek Wikikamus dan menyedari manfaatnya terhadap Bahasa ibunda. Ketahui lebih banyak tentang Kelab Wiki Kent di halaman rasmi Meta-Wiki mereka di sini: Kelab Wiki Kent.

EvaaudreyanneCC BY 4.0, via Wikimedia Commons

Program ini dalam dalam Akhbar Tempatan

Okon nopo ko yati, isai po?

slogan Kelab Wiki Kent

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?