WikiKaamatan: 1500+ Gambar Kaamatan di Wikimedia Commons Berjaya Dimuat Naik oleh Kelab Wiki Kent

Translate this post

Pencapaian ini dilihat sangat memberangsangkan jika dibandingkan dengan jumlah muat naik yang disasarkan iaitu 500 fail gambar sahaja.

Blusjai, CC BY-SA 4.0 via Wikimedia Commons

Sempena sambutan Perayaan Kaamatan Peringkat Negeri pada 30 – 31 May 2024 yang diadakan di Dewan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Kelab Wiki Kent telah melaksanakan Projek WikiKaamatan yang sudah dirancang sejak November 2023. Projek ini melibatkan tiga projek Wikimedia iaitu Wikipedia Bahasa Kadazandusun, Wikimedia Commons serta Wikikamus (English, Melayu).

Kelab Wiki Kent semasa pelaksanaan Projek, Blusjai, CC0, via Wikimedia Commons

Bagi projek Wikimedia Commons, semua ahli Kelab Wiki Kent diminta untuk mengambil gambar sekitar kebudayaan Kadazandusun yang melibatkan beberapa aspek, seperti; pakaian, tarian, alatan musik, alatan, makanan dan kesenian.

Antara gambar alatan musik tradisonal, JjurieeeCC BY-SA 4.0, via Wikimedia Commons

Semua aspek tersebut diterokai di persekitaran Dewan KDCA mahupun di dalamnya. Antara lokasi dan aktiviti di luar dewan yang menjadi tumpuan utama adalah seperti reruai pameran, perkampungan budaya koisaan (Koisaan Cultural Village, KVC), pameran pakaian serta permainan musik mengikut sub-etnik dalam rumpun Dusunik di sepanjang jalan pintu masuk, dan perarakan masuk tetamu kehormat. Manakala di dalam dewan pula lebih tertumpu kepada perjalanan acara sambutan Kaamatan itu sendiri seperti persembahan tarian tradisi, penampilan Unduk Ngadau dan banyak lagi.

Data setakat 1 Jun 2024 Blusjai, CC BY-SA 4.0 dari Wikimedia Commons

Justeru, di akhir pelaksanaan projek ini, Kelab Wiki Kent berjaya memuat naik lebih daripada 1500 fail gambar di Wikimedia Commons. Pencapaian ini dilihat sangat memberangsangkan jika dibandingkan dengan jumlah muat naik yang disasarkan iaitu 500 fail gambar sahaja.

Blusjai, CC BY-SA 4.0 dari Wikimedia Commons

Kesimpulannya, usaha ini akan menyumbang kepada kekayaan gambar-gambar kebudayaan bangsa Kadazandusun di laman Wikimedia Commons, yang sekaligus menjadi bahan yang sesuai untuk sebarang penulisan artikel berkaitan budaya di dalam Wikipedia laman lain.

Okon nopo ko yati, isai po? (Kalau bukan kita, siapa lagi?)

slogan Kelab Wiki Kent

Ketahui lebih lanjut:

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?

Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments