Wikimania tahun ini mengalu-alukan generasi baru untuk komuniti Wikimedia – ini ialah Wikimania pertama dengan lebih separuh yang mendaftar. Untuk kebanyakan peserta, ini ialah peluang pertama mereka untuk berkongsikemahiran dan menyelesaikan masalah secara langsung dengan ratusan orang yang berkongsi minat mereka. Dan, baru-baru ini mengalu-alukan 25% penyumbang lebih ramai bagi teras MediaWiki, pembukaan Maragodam hari ini rasalebih istimewa. Anda akan belajar mengenai banyak laporan pepijat, penetapan, dan penambahbaikan yang mereka lakukan pada Phabricator.
Wikimania ini juga sebuah keraian tersendiri bagi Wikimediawan muda, dengan lebih separuh daripada yang mendaftar ialah di bawah 35 tahun. Orang muda banyak mewakili Pasukan Pengurus Utama, dalam kalangan pemenang Wikimediawan Tahunan,dan di sepanjang program.
Dengan lebih 40 sidang dan lebih 20 pertemuan, hari ini penuh dengan acara! Beberapa tumpuan:
- Sebuah pertemuan untuk Wikimediawan muda dan sebuah sidang daripada Kumpulan Belia CEE, memperincikan kerja yang mereka lakukan untuk menambah baik kerjasama dalam kalangan sukarelawan muda dan antara rantau.
- Sebuah pembentangan daripada Wikiprojek LGBT Sepanyol mengenai bagaimana mereka mencapai dari 5 ke 750 rencana baharu setiap tahun
- Sebuah sidang yang digerakkan sukarlawan mengenai bagaimana pembangunan baharu dalam penyemakan algoritma berkualiti boleh membantu menghalang laku musnah, menyemak model dan prasarana yang tersedia
- Sebuah penerokaan bau pada Wikidata, belajar dan berbincang mengenai cara untuk data berkaitan bau boleh dimasukkan ke dalam WIkidata
- Sebuah perbincangan mengenai ancaman alatan GenAI mengurangkan trafik kepada laman web Wikimedia, dan penambahbaikan akan datang yang kita lakukan kepada laman-laman Wikimedia, termasuk sebuah pertunjukan langsung semasa perbincangan santai dengan Yayasan
Acara lawatan dan sampingan menghubungkan Wikimediawan dengan Katowice termasuklah sebuah bengkel tembikar, di mana parapeserta mengecat mag tembikar Bolesławiec mereka sendiri; sebuah lawatan terpandu di penempatan bersejarah Katowice; dan sebuah lawatan ke muzium Silesia, sesama mereka.
Dengan dua hari lagi berbaki, kita menantikan lebih banyak sidang, pertemuan dan acara akan datang!
Can you help us translate this article?
In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?
Start translation