Wikimania 2024: Dibuat dengan cinta

Translate this post

Tahun ini, apabila lebih daripada 2300 Wikimediawan dari 143 buah negara berkumpul secara maya dan bersemuka di Katowice, Poland, mereka dialu-alukan ke Wikimania yang dbuat dengan cinta. 

Pasukan Pengurus Utama mencurahkan 20 bualan merancang ke dalam sebuah program dengan 6 bahasa1 yang merangkumi 4 hari, 300 sidang, 12 laluan, dan menawarkan sejumlah pertemuan dan acara selari, seperti Sidang Kemuncak WikiWanita dan Maragodam. Ia sebuah peluang kepada kita untuk meraikan Wikimediawan Tahunan baharu, mengalu-alukan generasi baharu penyumbang, dan meletakkan kepalakita bersama-sama untuk menambah baik dan berkongsi pengetahuan mengenai produk dan teknologi kita. Kita menyanyi bersama, kita menari bersama, dan, apabila bilik persidangan menjadi panas, kita memasang kipas bersama.

Semasa majlis pembukaan, kita bercakap mengenai membawa penghargaan dan kesyukuran ke dalam kerja kita sebagai Wikimediawan. Lebih separuh daripada peserta berdaftar yang hadir ke Wikimania tahun ini datang buat pertama kali, sebuah pencapaian baharu bagi gerakan kita. Menerusi persidangan, para pendatang baharu dan orang lama berkumpul bersama menghargai dan belajar daripada satu samalain dan kekuatan berada dalam misi bersama-sama.

Pada hari terakhir, sambutan bersambung di majlis penutup, dengan Anugerah Alatan Terbaik dan pemenang pertandingan menyunting untuk memperkaya kandungan di Wikipedia menenai sejarah Silesia. Kita mengakhiri Wikimania tahun ini dengan harmoni, dengan persembahan sulung Wiki Orkestra dan Wiki Kahwin ketika parti penutupan.

Projek Wikimedia ialah sebuah testimoni kepada kemurahan hati Wikimediawan, dan apa yang kita boleh capai bila kita datang bersama untuk sejumlah pengetahuan semua manusia. Wikimania tahun ini ialah sebuah sambutan atas kemurahan hati tersebut dan cinta kepada pengetahuan. Kita tidak sabar menantikan Wikimania 2025 di Nairobi, Kenya!

  1. Bahasa cinta Wikimania tahun ini ialah Arab, Inggeris, Perancis, Rusia, Sepanyol dan Ukraine.  ↩︎

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?