Teknologi telah ditetapkan sebagai tema bagi Wikimania Katowice. Lebih 200 peserta berdaftar bagi Maragodam – mereka menulis tampung, mematahkan pepijat, membina alatan dan berlegar dalam kedalaman Phabricator. Wikimediawan telah menyertai berdozen sidang mengenai teknologi–dari penambahbaikan Toolforge ke terjemahan kandungan ke templat-templat dan tatarajah komuniti–dan mengendalikan banyak pertemuan mengenaik topik teknologi.
Beberapa sidang tumpuan hari ini:
- Hari ke-2 Maragodam! Nantikan Wadah Maragodam esok.
- Sebuah pandangan umum mengenai alatan bahasa pada tapak Wikimedia – ContentTranslation, MinT, Language Converter, dan lain-lain – dan bagaimana mereka mempertingkatkan dan memudahkan usaha-usaha penyetempatan dan pengantarabangsaan
- Panduan dan helah untuk Papan Pemuka Program & Acara, digunakan oleh penganjur untuk mengurus dan menjejak acara mereka
- Pandangan 360o mengenai Wikimedia & GenAI dan sebuah pembentangan mengenai kerja berkaitan AI dan pertimbangan-pertimbangan Yayasan Wikimedia
- Sebuah sidang interaktif mengenai suai tugas dan latihan sukarelawan baharu, belajar mengenai profil dan motivasi sukarelawan
- Sebuah gambaran menyeluruh mengenai kerja yang sedang dilakukan untuk menambah baik kelestarian Toolforge
Semasa makan tengah hari, sejumlah Kawasan Inisiatif Produk & Teknologi menjawab persoalan sukarelawan mengenai pembangunan terkini dalam strategi prasarana dan teknologi Wikimedia: sokongan bahasa, Senarai Hajat Komuniti, mod gelap, dan lain-lain. Kemudiannya, Wikimediawan melihat dan membincangkan berdozen poster yang memperkenalkan pembaca kepada projek-projek berbeza yang berlaku merentasi gerakan, dari acara menyunting Wiki Cinta ke alatan teknikal baharu. (semua poster tersedia di Commons!)
Dengan tiga daripada empat hari telah selesai, kita menantikan atur cara esok dan majlis penutup, dan berharap anda boleh menyertai kami!
Can you help us translate this article?
In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?
Start translation