Pitabangan Waterford : Meneroka Sejarah Waterford melalui Penterjemahan daripada Wikipedia Bahasa Kadazandusun

Translate this post

Kelab Wikimedia IPGM Kampus Kent telah menyertai program Pitabangan Waterford yang dianjurkan oleh Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 9 hari, daripada 21 hingga 29 September 2024 dengan objektif untuk memperbanyakkan kandungan Wikipedia berkaitan dengan Waterford selaku tuan rumah bagi Persidangan Celtic Knot 2024. Tema yang dipilih bagi tahun ini ialah, ‘Pitabangan Waterford’, yang mendekatkan lagi peneroka daripada Kelab Wikimedia Kent dalam program ini. ‘Pitabangan’ merupakan satu perkataan Bahasa Kadazandusun yang bermaksud ‘tolong-menolong’ atau ‘saling membantu’ dan ‘kesatuan’. Pemilihan perkataan ini bukan sahaja satu bentuk penghargaan kepada dtp Wikipedia yang baru sahaja dilancarkan, namun juga untuk memperlihatkan lagi semangat kesatuan mereka dalam menerokai kepelbagaian negara yang wujud dalam program ini.

Artikel baharu berkaitan Waterford yang telah dicipta sepanjang program
Perasmian program Pitabangan Waterford peringkat Kelab Wiki Kent

Bagaimana Perjalanan Program ini?

Perasmian program bagi Kelab Wiki Kent ini telah diadakan pada 21 September 2024, jam 8 malam. Sejak itu, ahli Kelab Wiki Kent telah berusaha untuk menterjemah pelbagai artikel berkaitan Waterford kepada bahasa ibunda. Sebagai contohnya, berkaitan budaya, politik, pendidikan dan juga sejarah bagi tempat ini. Pembacaan dan penterjemahan yang telah dilakukan dapat menunjukkan bahawa ia dapat memperluaskan lagi pengetahuan ahli Kelab Wiki Kent berkaitan budaya negara lain yang perlu dihargai.

Laman Outreachdashboard bagi program

Faedah daripada program

Penglibatan dalam program seperti ini bukan sahaja dapat memberikan pengetahuan baru kepada ahli yang terlibat, namun juga dapat mengeratkan lagi semangat saling membantu antara ahli Kelab Wikimedia Kent dan juga peneroka yang lain daripada negara luar. Apa yang menarik dalam program ini ialah, ia dapat membuktikan bahawa saling menolong dapat menghasilkan suatu hal yang besar. Meskipun berada di Sabah, namun hal ini dapat menambahkan lagi pengetahuan bagi orang awam berkaitan penulisan Waterford dalam bahasa ibunda. Hal ini juga memperlihatkan bahawa, bahasa Kadazandusun dapat ditingkatkan lagi dan dipelihara melalui platform antarabangsa seperti Wikipedia.

Langkah selanjutnya bagi KWK?

Dengan semangat saling membantu yang diperlihatkan melalui program ini, Kelab Wiki Kent tidak akan berhenti disini! Selepas program ini, kumpulan ini bersemangat ingin mengadakan percubaan dalam program – 40 Hari Wikipedia: 366 Artikel dalam Bahasa Kadazandusun. Percubaan selama 40 hari ini sudah pasti lebih seronok dan semua dijemput untuk menyertainya. Akhir sekali, marilah sertai kami dalam memperbanyakkan lagi pengetahuan untuk semua, martabatkan bahasa minoriti dan peliharalah bahasa kita melalui pendigitalan.

Ketahui lebih lanjut berkaitan program ini pada:

Laman meta berkaitan program

Kelab Wiki Kent

“Boros nopo nga guas toilaan-Motto Kelab Wikimedia Kent 2024”

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?