Hari Terbuka Kent 2024: Pembukaan Gerai Kelab Wiki Kent (KWK)

Translate this post

Pada 17 dan 18 Oktober 2024, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent Tuaran telah mengadakan Hari Terbuka Kent: Kent Gemilang yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025. Program dua hari ini telah menarik ramai pengunjung melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti termasuklah pameran daripada agensi kerajaan, persembahaan pelajar dan juga gerai jualan. Salah satu gerai yang dibuka semasa program ini adalah gerai Kelab Wiki Kent (KWK) yang bertujuan untuk memberikan pengenalan KWK kepada pengunjung serta maklumat penting mengenai bahasa dan kebudayaan Kadazandusun.

Pelaksanaan Program serta Aktiviti Gerai KWK

Gerai KWK ini adalah satu wadah untuk menonjolkan usaha para ahli untuk menghidupkan bahasa Kadazandusun melalui penggunaan Wiktionary, iaitu satu platform kamus dalam talian. Dengan berobjektifkan kepada matlamat memperbanyakkan kata dalam Wiktionary,, KWK telah menjalankan demonstrasi cara memasukkan kata ke dalam Wiktionary terutamanya bahasa Kadazandusun. Aktiviti ini bukan sahaja menarik perhatian para pencinta bahasa tetapi juga menggalakkan pelajar dan pengunjung untuk melibatkan diri dalam usaha menghidupkan warisan linguistik tempatan.

Gambar Semasa Pembukaan Gerai Kelab Wiki Kent. JecyccCC BY 4.0, daripada Wikimedia Commons.

Selain daripada demonstrasi, KWK juga telah menyediakan pameran berkenaan usaha-usaha memperjuangkan bahasa Kadazandusun dalam bentuk dokumentasi gambar. Para pengunjung juga turut berpeluang mempelajari mengenai patform WIktionary dan bagaimana mereka dapat menyumbang bagi mengukuhkan lagi peranan bahasa dan kebudayaan tempatan di dalam dunia digital.

Gambar Gerai Kalab Wiki Kent sempena Hari Terbuka Kent. JecyccCC BY 4.0, daripada Wikimedia Commons.

Manfaat Pembukaan Gerai KWK

Melalui gerai KWK, para pengunjung dapat melihat sendiri betapa pentingnya memelihara bahasa tempatan di samping menggunakan teknologi untuk menambahbaik dokumentasi bahasa itu sendiri. Aktiviti semasa pembukaan Gerai KWK ini juga adalah satu langkah untuk membuka minda orang ramai terutamanya generasi muda sebagai pelapis kepada bahasa ibunda ini.

Sambutan yang baik daripada pengunjung-pengunjung semasa pelaksanaan pembukaan gerai KWK ini menunjukkan peranan program ini dalam menyemai minat generasi muda untuk menghargai dan mempelajari dengan lebih mendalam terhadap bahasa dan kebudayaan ini. Semoga program seperti ini diteruskan sebagai satu langkah memelihara warisan budaya tempatan pada masa hadapan.

Lebih banyak mengenai Kelab Wiki Kent:

https://meta.wikimedia.org/wiki/Kelab_Wiki_Kent/en

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?