Kenali Wikimediawan Tahunan 2024

Translate this post

Gerakan Wikimedia tidak akan berlaku tanpa komuniti Wikimediawan yang tersendiri dan pelbagai, bersau dengan sebuah kasih untuk berkongsi pengetahuan.

Setiap tahun anugerah Wikimediawan Tahunan, disampaikan oleh Pengasas Wikipedia Jimmy Wales, diakan bagi menghargai sumbangan luar biasa kepada matlamat kita. Kita menyambut orang perseorangan yang berbakat, tekun, dan rajin kepada misi Wikimedia yang luar biasa. Para penyumbang ini menjadikan Wikipedia dan projek Wikimedia yang lain menjadi nyata. Dengan pelbagai jenis kategori, kita menyambut pendatang baharu yang penuh minat dan orang lama yang berjasa. Kita menghargai sesiapa yang cemerlang dalam peranan teknikal dan mereka yang memperkaya projek-projek kita dengan bahan media yang pelbagai. Kita menyambut keseluruhan spektrum sumbangan: Daripada mereka yang mengembangkan capaian kita dan mencipta kandungan yang disukai, sehinggalah kepada pahlawan yang tidak didendang yang menguatkan prasarana kita dan menyokong komuniti sebagai pegawai petugas, dengan semua anugerah ini kita mengiktiraf kerja setiap Wikimediawan yang sangat berharga.

Tanpa penantian lagi, kami mempersembahkan penerima anugerah Wikimediawan Tahunan 2024:

Wikimediawan Tahunan: Clovermoss

Kenali Wikimediawan Tahunan paling muda dalam sejarah! Hannah Clover, juga dikenali sebagai Clovermoss, berusia 21, setahun selepas lahirnya Wikipedia. Walaupun usianya muda, Clover ialah seorang penyumbang lama dalam Wikipedia Inggeris dengan suntingan melebihi 24,000, dan hak penyeliaan. Kerjanya merangkumi beberapa kualiti yang menginspirasikan dalam gerakan kita: rasa kekitaan dan keseronokan menyumbang membebaskan pengetahuan. Melalui projek “pendapat penyunting”, Clovermoss menghimpunkan lebih daripada 200 kisah dan pengalaman penyunting Wikipedia Inggeris. Dia seorang penyokong kuat untuk penyuntingan mudah alih dan menyokong pendatang baharu dalam gerakan Wikimedia. Baginya, menjadi penyunting Wikipedia tidak hanya mengenai penyuntingan kepada ensiklopedia dalam talian, ia mengenai penghasilan sumbangan bermakna kepada dunia. Hari ini, kita meraikannya sebagai Wikimediawan Tahunan kita. 

Perjalanan Wikipedia Clovermoss bermula pada 2018, sebaik sahaja selepas ulang tahunnya ke-16. Sebagaimana sering terjadi kepada Wikipediawan, dia mula menyunting kerana terdapat satu kesilapan, dan dia mahu membetulkannya. Tindakan ringkas untuk membetulkan salah taip dalam sebuah rencana mengenai lagu yang didengarinya pada hari itu memulakan perjalanan Wikimedianya dan menghubungkannya kepada komuniti Wikimedia sejagat. Dia dengan segera memahami kuasa ubah dunia terhadap perkongsian pengetahuan, dan berkata dengan ayatnya sendiri: “What sixteen year old doesn’t want to make a difference in the world?” (Terjemahan: Budak umur enam belas tahun apa yang tidak mahu membuat perbezaan kepada dunia?)

Dia menjadi seorang penyunting Wikimedia aktif, mensasarkan untuk mempertingkatkan kandungan selari dengan minat pembacaannya. Banyak suntingannya berkaitan negara kediamannya, Kanada, di mana dia mendapati terdapat jurang kandungan yang agak mengejutkan. Dia juga menambah gambar ke Wikimedia Commons, tetapi Wikipedia kekal sebagai projek kegemarannya.

Satu daripada kenangan wiki paling berharga buatnya ialah detik bangga dan suka apabila dia melihat rencana pertamanya muncul di laman utama Wikipedia Inggeris dalam ruangan Did You Know (Terjemahan: Tahukah Anda). Tidak hanya dia berbangga dengan kejayaannya, tetapi dia juga menghargai sokongan komuniti yang menjadikan ia nyata, terutama sokongan yang datang daripada penyunting yang mempercayai rencana itu cukup untuk dicalonkan.

Clovermoss ialah seorang mentor berdedikasi bagi penyunting baharu. Dia menguruskan sebuah pusat sumber menyeluruh pada laman perbincangan penggunanya, sesuai dengan namanya Newbie Central, di mana pendatang baharu boleh mencari maklumat berguna dan bertanya soalan. Dia mengalu-alukan mesej dan persoalan daripada sesiapa yang mengambil langkah pertama ke dunia wiki, terutama sesiapa yang rasa terlalu banyak persoalan. Nasihat utamanya ialah untuk menerima pengalaman penyuntingan Wikipedia anda sendiri.Kita semua melakukan kesalahan, dapatkan kesungguhan kita sendiri, dan belajar dari masa ke masa. Laluan (pengalaman) sesesoarang tidak sama dan ia tidak mengapa. Tetapi jika anda masih melakukannya dan berharap untuk mendengar maklum balas, anda akan melakukannya dengan baik,” katanya.

Daripada suntingan pertamanya, dia mahu menjadi sebahagian daripada komuniti Wikipedia. Rasa kekitaan ini berlanjutan mendorongnya setiap hari. Pada 2023, dia telah menyertai WikiPersidangan Amerika Utara, di mana dia menemui ramai Wikimediawan yang lain. Berinspirasikan dengan perbualan menarik dengan rakan-rakannya, dia memulakan Pendapat penyunting.

Clovermoss ialah juara dalam menjaga kebolehcapaian Wikipedia – walaupun dalam poket anda. Dengan 75% daripada suntingannya dilakukan dengan peranti mudah alih, dia menjadi penyokong yang lantang untuk penambahbaikan pengalaman menyunting secara mudah alih. “Kita semua mencapai perkara yang menakjubkan dengan telefon pintar kita –  hanya fikirkan lambakan teks yang orang tulis setiap hari apabila berbual dengan rakan-rakan!” –  Clovermoss percaya bahawa membuka potensi ini adalah penting untuk masa depan Wikipedia. Pendapatnya mengenai penyuntingan mudah alih dan advokasi tanpa lelah menjadi alat untuk membantu komuniti untuk fahaman bagaimana cara memanfaatkan teknologi mudah alih dengan berkesan dalam dunia wiki. 

Sebagai seorang penyelia Wikipedia pula, dia bimbang terhadap pelantikan jawatan pentadbir yang tidak mampan. Untuk menangani hal ini, Clovermoss suka untuk melihat lebih ramai orang menjadi penyelia. Sambil mengakui piawaian yang semakin tinggi, dia menekankan kepentingan pendekatan yang seimbang, mengiktiraf nilai pelbagai set kemahiran dalam pasukan pentadbir daripada hanya mengejar calon yang “sempurna”.

Apabila dia tidak menyunting, Clovermoss seronok mengait, satu kemahiran yang dia temui ketika dia berusia sepuluh tahun. Dia suka untuk mengait skarf untuk rakan-rakannya. Anda juga boleh menemuinya meluangkan masa dengan alam semula jadi: mendaki, berlari, bercucuk tanam, berenang, dan memanjat pokok. Sebagai katanya, “Tiada yang lebih menenangkan daripada berjalan selama lapan jam di hutan.” 

Nasihat utamasaya ialah jadilah baik. Anda tidak akan tahu apa yang seseorang itu akan lalui, dan saya fikir menganggap niat baik adalah sangat penting. Komuniti kita tidak akan pernah benar-benar berkembang jika kita tidak bercita-cita untuk menjadikannya tempat yang sihat untuk menyumbang, tidak kira siapa pun anda.

Tokoh Wikimedia: DerHexer

Martin, dikenali sebagai DerHexer dalam Gerakan Wikimedia, ialah Pengelola Wikimedia paling lama berkhidmat, yang menyokong komuniti sejagat dengan peranan tersebut sejak 2007. Dia ialah Tokoh Wikimedia kita bagi 2024.

Dia ialah seorang Wikimediawan yang lama, hadir ke dalam gerakan kita sejak 2005. Martin menjadi juara gerakan dalam banyak cara: Dia ialah pengarang rencana-rencana Baik dan Pilihan; penyelia bagi Wikipedia Inggeris dan Jerman, begitu juga Meta-Wiki; jurugambar kepada ratusan gambar yang memenangi anugerah yang digunakan di Wikipedia; penyelia di arkib media Wikimedia Commons; penganjur pelbagai acara (akademi Wikipedia, sesi penggambaran di parlimen, dll.); dan banyak lagi. Dia memainkan peranan penting dalam melaksanakan satu daripada perubahan teknikal paling penting dalam dunia Wikimedia: Log Masuk Pengguna Tunggal, yang mana membantu pengguna untuk menyumbang lebihmudah ke projek Wikimedia yang beraneka. Pencapaian terhebatnya? Martin lebih dikenali dan diraikan sebagai pengelola Wikimedia paling lama, berkhidmat dalam peranan tersebut tanpa henti untuk lebih 17 tahun. 

Pengelola ialah pahlawan yang tidak didendang yang bekerja tanpa penat di belakang tabir projek Wikimedia. Merekaialah kumpulan pengguna terpilih secara sejagat daripada latar belakang yang pelbagai, memegang hak teknikal sejagat yang membenarkan mereka menyokong komuniti merentasi platform Wikimedia dan bekerja ke depan dalam tanggungan dan keselamatan projek kita. Sebagai DerHexer sendiri dia mengulas, “Sebagai Pengelola Wikimedia, kami kebiasannya kekal di belakang, membuat semua kerja-kerja mencabar yang pengguna lain biasanya tidak mahu lakukan, cuma dalam skala sejagat. Kita menerapkan persetujuan dan menyokong projek kecil terutama untuk bebas daripada spam dan laku musnah, tetapi kami juga behadapan dengan beberapa kegiatan terberat yang lain yang mungkin tidakmahu diketahui atau dirisaukan tentangnya (godam kata laluan, pelanggaran hak peribadi atau hak cipta, penyalahgunaan teks dan gambar, dan sebagainya).” 

DerHexer gembira dengan jenis kerja sebegini, selagi ia membenarkan dia untuk meneroka dan menambah baik proses di samping turut membantu Wikimediawan lain untuk bersinar, sebagaimana katanya sendiri: “Saya faham sumbangan utama saya adalah mengambil beban orang lain supaya mereka dapat menyumbang di tempat mereka lebih baik daripada apa yang saya boleh buat”. Dia juga penggalak kerja pengelola tanpa penat, dan seorang yang bermasyarakat. DerHexer membantu untuk mencipta kumpulan pengguna Pengelola Wikimedia dan mewakilinya semasa pertemuan Wikimedia.

Dia perasan terdapat banyak perubahan sejak dia memulakan kerja Pengelolanya 17 tahun yang lalu: aliran kerja menjadi lebih sejagat, lebih banyak alatan muncul, dan terdapat perhatian dan sokongan yang berkembang daripada Yayasan Wikimedia. Tetapi dia juga berwaspada terhadap peningkatan popularitiWikipedia, terdapat lebih banyak kerja perlu dilakukan apa bila ia datang untuk menjaga kandungan bebas daripada laku musnah dan keselamatan pengguna. Kerja para Pengelola lebih penting daripada sebelumnya, dan terdapat keperluan untuk kumpulan yang lebih besar dan pelbagai untuk pengelola aktif untuk menangani cabaran sejagat dan keperluan untuk penyelarasan dan sokongan. Pertemuan sejagat Pengelola Wikimedia pada 2015 ialah satu daripada kenangan Wikimedia paling berharganya, dan dia berharap ulang tahun ke-10 pertemuan itu akan membawa kepada edisi keduanya, yang mana ia akan membantu menghadapi semua cabaran sejagat. 

DerHexer yang melihat gerakan ini sebagai tempat sosial dan istimewa, berkata: “Saya suka untuk memandu Wikimediawan melalui bandar kediaman saya Berlin, di mana kebanyakan mereka seperti mengetahui saya dari mana. Saya suka untuk bertemu orang dan belajar mengenai permulaan, dorongan dan cabaran mereka. Dan secara jelas, saya suka apabila kita datang bersama-sama secara bersemuka untuk berkongsi pengetahuan dan kerja dalam menjadikan semua perkara lebih baik.”

Kita lebih daripada sekadar sebuah ensiklopedia, lebih daripada sekadar teks bertulis. Kita manusia dengan segala baik dan buruk, tetapi jika kita hanya mahukannya, kita boleh menjadi sangat berguna dalam banyak peranan dan fungsi dalam Wikimesta, selalu bekerja keras di belakang tabir tanpa nampak secara langsung. Tetapi kita perlukan media untuk menggambarkan pengetahuan, orang tertarik dengan kerja pengemasan dan penyenggaraan untuk memastikan maklumat dikemas kini dan maklumat yang boleh disahkan, satu rasa untuk membantu dan melindungi komuniti sejagat yang besar dengan keperluan-keperluannya, pakar teknologi dan pereka bentuk untuk memastikan projek kita menyerlah, dan kita perlu untuk mencipta ruang di mana orang boleh berdaya cipta dan mendorong supaya kita boleh maju. Setiap satu sumbangan yang baik dapat memajukan projek kita, dan inilah kita sebagai sebuah komuniti dan dunia akan berterima kasih kelak.

Penyumbang Media Tahunan: Caner

Penyumbang Media Tahunan 2024 kita ialah Caner Özyayıkçı, atau dikenali sebagai pengguna Kurmanbek. Kurmanbek ialah seorang Wikimediawan muda dari Turkey, seorang penyunting di Wikipedia Turki, dan penyelia antara muka dalam projek tersebut. Dia ialah anggota banyak kumpulan pengguna Wikimedia, termasuklah Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Turki (WMTR), Kumpulan Pengguna Wikimediawan Bahasa-bahasa Turki, dan Kumpulan Belia Hab CEE. Namun yang lebih penting, dia ialah seorang pereka bentuk grafik yang bijak, menggunakan bakat dan imaginasinya untuk mencipta aset visual bagi kempen,acara dan persidangan komuniti di seluruh dunia. Melaluinya, dia tidak hanya mempromosikan projek, tetapi dia juga menterjemahkan semangat dan budaya setiap komuniti melalui rekaannya, dan oleh itu, ia membawa lebih banyak persefahaman dan perhubungan antara budaya. 

Dia menghidupkan identiti visual Eesha, maskot Kem Wiki Wanita 2023, dan mencipta identiti visual banyak persidangan Gerakan, termasuklah Persidangan Wikimedia Turkik, Pertemuan CEE 2023 dan 2024, Jaringan Penjaga Warisan dan Persahabatan Wikimedia Jepun-Turki

Dalam hasilkerjanya, bakat dan imginasi bergabung dan terjalin dengan pengetahuan sejarah dan kesedaran budaya. Sebagai contoh, identiti jenama Persidangan Wikimedia Turkik diinspirasikan oleh huruf pertama orang Turkik, Orkhon, dan tembikar tradisional Iznik

Karya rekaan ini pergi lebih jauh daripada hanya mempromosikan projek dan acara komuniti, Kurmanbek menjelaskan, “Unsur rekaan grafik ialah bahasa visual komuniti yang digunakan untuk bersambung dengan manusia dan pertubuhan. Unsur-unsur ini menjangkaui estetika, menyalurkan pandangan dan aspirasi komuniti melalui mesej visual yang berkuasa. Merekaboleh juga memupuk deria kekitaan, memandangkan grafik-grafik ini menjadi pengenal pasti unik, mewakili identiti yang dikongsi oleh komuniti.”

Kurmanbek juga komited untuk membina jambatan merentasi rantau di dunia. Dia ialah pengasas bersama projek persahabatan Jepun-Turki, di mana menyatukan Wikimediawan yang terpisah secara geografi tetapi membawa bersama semangat untuk berkongsi terhadap pengetahuan. Dia juga menggerakkan penciptaan struktur Kelab Pelajar Wiki Turki, yang mana membawa bersama semua kelab pelajar Wiki di Turki. Secara alami, Kurmanbek juga ialah penyumbang kepada Wikipedia Turki. Dia suka mencipta dan menterjemah rencana berkaitan peristiwa semasa, negara, pengangkutan awam dan bangunan bersejarah yang dipelihara, begitu juga memuat naik gambar Istanbul ke Wikimedia Commons.

Seperti kebanyakan Wikimediawan, Kurmanbek seorang pengumpul yang bersemangat. Setem, poskad, wang kertas, syiling, bendera – apa jua yang membisikkan sebuah kisah mendapat tempat dalam koleksinya. Setiap butir menjadi gapura, dikaji dengan teliti dan diselidik untuk membuka kepada makna budayanya. Keingintahuan yang tidak pernah puas mengenai dunia ini mendorong cinta mereka untuk kembara dan bergambar. Setiap negara baharu membawa peluang untuk terlibat dengan orang tempatan, untuk menghayati kepelbagaian budaya dan gaya hidup yang penuh warna. Dan sudah tentu, perjalanan ini tidak akan lengkap tanpa runut bunyi – sebuah senarai main yang pelbagai yang dilimpahi dengan penemuan baharu, sesetengahnya menjadi kegemaran segera untuk diulang.

Orang boleh tahu gerakan Wikimedia sebagai sebuah gerakan di mana mereka boleh mengalirkan dengan terbaik bahasa dan warisan budaya mereka ke masadepan, begitu juga bertemu Wikimediawan dengan siapa mereka aan bekerja bersama untuk membuka pengetahuan mengikut minat mereka. Ia seronok dan menggerakkan untuk bekerja dengan para pengguna dari seluruh dunia yang berkongsi minat yang sama!

Pendatang Baharu Tahunan: Komuniti Wayuu

Tahun ini, kita meraikan sebuah komuniti pendatang baharu ke gerakan Wikimedia, komuniti masyarakat asli Wayuu yang bertenaga, dan pelancaran Wikipedia mereka dalam Wayuunaiki. Tahun lepas menandakan pengakhiran perjalanan mereka daripada projek pengeram kepada sebuah ensiklopedia yang sepenuhnya berkembang. Wikipedia Wayuunaiki kini sebuah paltform untuk memelihara dan berkongsi pengetahuan Wayuu. Sumber yang sangat bernilai ini menghubungkan generasi, memperkasa komuniti untuk menceritakan kisah mereka sendiri dan membina sebuah legasi berpanjangan, dan ia disokong dengan pengiktirafan Kumpulan Pengguna Wikimediawan Wayuu. Pendatang baharu kita ini diwakili oleh Leonardi Fernández (pengguna:Leonfd1992), yang menjadi seorang daripada orang penting yang membawa komuniti ini ke projek Wikimedia dan menjadi penyelia kepada Wikipedia yang baru dicipta dalam bahasa Wayuunaiki. 

Orang Wayuu ialah masyarakat asli yang tinggal di Semenanjung Guajira, di kawasan paling utara di timur Colombia dan utara di barat Venezuela. Bahasa mereka ialah Wayuunaiki, ditutur oleh sekitar 400,000 orang. Dan sehingga baru-baru ini, mereka tidak mempunyai Wikipedia edisi bahasa mereka. 

Mengubahnya bukanlah suatu kerja mudah: peserta bengkel perlu untuk menyeberang sempadan antara negara dan sering kekurangan peralatan komputer atau sambungan internet yang membolehkan mereka untuk mudah membangunkan kandungan. Terdapat juga keperluan untuk membangunkan kemahiran digital dan membawa lebih kefahaman terhadap Wikipedia sendiri. Kerja yang mencabar ini telah berterima kasih dengan jayanya kepada semangat kerjasama dalam kalangan orang Wayuu dan libat urus dengan beberapa ketua projek. 

Leonardi Fernández, seorang pelajar antropologi sosial dan budaya di Universiti Zulia, memahami benar kepentingan masyarakat asli untuk boleh berkongsi sejarah mereka dalam bahasa mereka. Tanpa kebolehan ini untuk mewakilinya sendiri, masyarakat asli seperti Wayuu mencapai pengetahuan bukan dalam bahasamereka, tetapi dalam bahasa yang lebih dominan, dan mereka melihat pengetahuan mengenai mereka diceritakan dengan tidak bersamamereka,tetapi mengenai mereka. Bagi Leonardi, projek Wikimedia ialah sebuah platform yang hebat, di mana pengetahuan ensiklopedia boleh dikongsikan oleh orang Wayuu sendiri, dalam bahasa mereka. Dia menjadi penyokong tanpa lelah bagi projek-projek dalam Wayuunaiki, mengendalikan latihan Wikimedia untuk komunitnya, mencari rakan sekutu untuk impian ini, dan membantu menterjemahkan sebahagian besar daripada antara muka Wikipedia. Tidak pelik bahawa detik Wikimedia paling seronok baginya ialah apabila pada 27 Februari 2023, sebuah mesej memaklumkan mengenai penciptaan Wikipedia dalam Wayuunaiki sampai di laman perbincangan Wikimedianya. Projek itu kini mempunya 576 rencana Wikipedia, dan ini baru hanya permulaan. 

Wikimediawan Wayuu berusaha untuk menyumbang dan selari dengan visi Yayasan Wikimedia, yang mana menyatakan: “Bayangkan sebuah dunia di mana setiap manusia boleh dengan bebas berkongsi keseluruhan pengetahuan.” Dalam kes ini, kita membayangkan mencapai maklumat kita dalam bahasa kita sendiri dan, pada masa yang sama, berkongsi dengan bebas, tanpa penafian atau kesukaran untuk mencapainya dalam apa jua konteks.

Pegawai Petugas Tahunan: Vira Motorko

Dengan kategori Pegawai Petugas Tahunan yang baru dicipta, kita dengan bangganya menghargai pahlawan tidak didendang yang tanpa penat bekerja di belakang tabir untuk memastikan keselamatan, kelancaran operasi, dan kemampanan projek Wikimedia. Kami teruja untuk mempersembahkan anugerah julung kali ini kepada Vira Motorko, juga dikenali sebagai Ата, seorang penyelia di Wikipedia Ukraine. Ата dikenali dengan kerja berterusannya terhadap tugasan-tugasan kecil yang selalu tidak diberi perhatian tetapi selalu diperlukan: menterjemahkan mesej teknologi, mendokumenkan templat, menambah baik mesej antara muka, atau pemformatan. Dia mencari tugasan lain yang mungkin orang lain terlepas pandang dan memastikannya selesai dan memanfaatkan projek. 

Perjalanan Wikipedia Ата bermula secara tidak dijangka dengan minat terhadap iluminati. Dia membaca buku Dan Brown, sambil menyemak konsep-konsep berbeza secara dalam talian, menemui sebuah ketidakseimbangan maklumat antara Wikipedia Inggeris dan Ukraine. Dia menterjemahkan maklumat yang hilang, dan ini menjadi langkah pertamanya ke dalam dunia wiki.

Sejak awal lagi, kekurangan pengetahuan yang tersedia untuk dibaca dalam bahasa Ukraine mendorong minatnya terhadap projek tersebut. Bergelut dengan buku teks bahasa Rusia yang tidak diterjemahkan lebih awal dalam pengajian universitinya, dia melihat Wikipedia sebagai sebuah cara sempurna untuk secara aktif menyokong bahasa ibundanya dalam persekitaran digital. Menerusi rencana yang diterbitkan dalam Wikipedia Ukraine, dia berharap untuk memudahkan capaian kepada pengetahuan bagi generasi akan datang, sama ada untuk ahli akademik atau pembaca biasa.

Menyumbang ke Wikimedia membuka rasa bertujuan yang mendalam bagi Ата “Gerakan Wikimedia sangat berguna kepada dunia dalam banyak peringkat, dan kesedaran ini mendorong saya,” katanya. Penambahbaikan ini boleh padakebiasannnya selesai dengan segera: sam ada ia membetulkan salah taip, menambah baik mesej antara muka, atau mendokumenkan templat, Ата mencari peluang segera untuk menyumbang dan meningkatkan platform. Dan bila pencerobohan Rusia ke atas Ukraine berskala besar berlaku pada 2022, menyunting projek Wikipedia menjadi kawasan selamat, aktiviti biasa yang Ата biasa lakukan. 

Kenangan Wikimedia kegemarannya ialah berkaitan John A. Agnew, seorang tokoh penting dalamlapangan georgafi. Ата, ketika menjadi pelajar geografi, menulis sebuah rencana mengenainya dalam Wikipedia Ukraine, dan menghubungi John Agnew dengan permohonan untuk sekeping gambar yang boleh melengkatkanbiografi. Berterima kasih di atas interaksi itu, sekeping gambar John Agnew telah dimuat naik ke Wikimedia Commons. “Saya kadang kala berfikir mengenai anekdot ini sebagai satu intipati era digital: bukan hanya seorang professor terkemuka boleh untuk bersembang dengan seorang pelajar negara asing, tetapi seorang Wikipediawan boleh menyusun sesuatu yang baru untuk diterbitkan pada sisi sebelah dunia. Menarik!katanya. 

Kandungan Wikipedia ialah sesuatu yang dia suka: sam ada ia adalah sebuah senarai alatan penyediaan makanan atau gambar John William Godward – Dolce Far Niente ditemui di Commons. Dan apabila dia tidak berada di wiki, dia suka untuk membaca buku, menonton semula siri anime kegemaran, bermain kuiz pab bersama rakan-rakan, dan mengikuti penulis blog video (vlogger) kegemarannya: Green brothers (Terjemahan: Adik-beradik Hijau). 

Kita buat apa yang kita boleh. Terdapat sejumlah perbezaan sumber tersedia dalam komuniti bahasa yang berbeza, kadang kala ia tidak cukup. Dalam pada mahu mengurus sesuatu, penyumbang kita perlu berhenti melakukannya sendiri dan bertukar untuk menguruskannya, kadang kala kita tidak ada cukup orang untuk kedua-duanya. Liputan maklumat mengenai perkara penting secara sama boleh jadi tidak sama kedalamannya, kadang kala dunia tidak adil seperti itu. Kita buat apa yang kita boleh. Dan kita sambung melakukannya.

Penghargaan Khas: Gu Eun-ae

Dengan anugerah penghargaan khas, kita raikan anggota kakitangan cawangan Wikimedia yang melakukan kerja melebihi oeranan mereka. Tahun ini, kita menghargai seorang yang luar biasa daripada cawangan: Cik Gu Eun-ae, yang anda juga mengenalinya daripada nama penggunanya Motoko C. K. ialah Pengarah Wikimedia Korea, sebuah pertubuhan yang dia juga bantu untuk dirikan. Wikimedia Korea telah melakukan kerja luar biasa untuk mempromosikan kepelbagaian dalam kalangan pengguna Wikimedia, bekerja dengan para penyumbang generasi muda, dan mengisi jurang pengetahuan di topik-topik penting. 

Wikipedia datang ke dalam hidup Cik Gu secara tidak sengaja: ia berlaku pada 2007, dan semasa sedang mencari maklumat di internet, dia terjumpa Wikipedia Korea. Apabila dia melihat satu salah taip dalam sebuah rencana, digerakkan oleh naluri yang sedia diketahui oleh semua penyumbang Wikipedia, dia memutuskan untuk membaikinya. Ini membawanya untuk menekan “butang Sunting” buat pertama kalinya. Dia sedar bahawa butang itu tidak hanya membenarkannya untuk menambaik baik dan menyumbang kepada kerja orang lain, tetapi membawanya banyak keseronokan. Cik Gu menjadi lebih dan lebih terlibat dalam Wikipedia, dan akhirnya – menubuhkan Wikimedia Korea. Dia masih menghargai detik ketika pertubuhannya diluluskan sebagai cabang Wikimedia, dan detik sambutan komuniti yang menyertai terhadap pencapaian itu. 

Wikimedia Korea ialah pertubuhan cemerlang yang bekerja dengan penyunting muda, menyokong kepelbagaian, dan memperkaya kandungan Wikimedia, pada topik yang sangat penting. Satu daripada projek yang Cik Gu paling bangga ialah sebuah projek bertumpukan untuk mengembangkan kandungan mengenai AIDS/HIV dalam Wikipedia Korea. Masih ada banyak jurang pengetahuan dalamprojek tersebut, dan dia gembira kerana melalui kerja itu, pengetahuan yang boleh disahkan dan berkecuali mengenai penyakit, rawatan, dan langkah pencegahan dibawakan kepada pembaca Wikipedia Korea.

Sebagai seorang penyunting, dia memastikan puisi Jeong Cheol, seorang ahli politik dan pemuisi Korea yang dia hargai, tersedia dalam Wikisumber Korea. 

Apabila Cik Gu tidak sibuk dengan Wikimedia, dia suka mengembara dan mendokumenkan perjalanannya dengan mengambil gambar menggunakan kamera digital dan kamera cetak cepatnya, dan kemudian berkongsi kenangan visual itu dengan rakan dan keluarga. Tetapi hobi kegemarannya ialah belajar bahasa asing, yang mana untuk menghubungkannya dengan sudut pandang dan orang lain. 

Projek Wikimedia adalah terbuka kepada semua daripada seluruh pelusuk dunia. Kita perlu untuk menerima bahawa kita boleh jadikadang kala salah, dan membuat kesalahan dalam projek, oleh itu kita sentiada perlu bersedia untuk mendengar pendapat pengguna lain dan mempertimbangkan keputusan bukan kegunaan jangka pendek tetapi bermatlamatkan penggunaan jangka panjang.

Penyumbang Teknikal Tahunan: Siddharth VP

Siddharth VP ialah penyumbang prolofik kepada prasaranan teras MediaWiki. Dia secara mendalam dinilai oleh komuniti atas kerja-kerjanya terhadap skrip, bot dan gajet, dan menghargai sumbangannya sekitar sambungan Gadget dan Echo. Siddharth telah berada dalam gerakan Wikimedia untuk satu dekad, dan hari ini kitaraikannya sebagai penerima anugerah Penyumbang Teknikal Tahunan 2024. 

Ketika perjalanan Wikimedianya bemula pada 2014, dia menjadi lebih aktif dalam ruang teknikal pada 2018. Pada masa itu, dia mulakan kerja pada Twinkle, gajet yang digunakan meluas, yang mana ia membantu memantau perubahan semasa dan laman baharu. Kemudian, dia mula menulis skrip pengguna dan membangunkan bot. Dan apabila dia mengetahui bahawa MediaWiki, sebuah perisian yang digunakan pada projek Wikimedia, boleh juga dijadikan lebih baik, dia mula menyumbang ke MediaWiki sendiri. Siddharth VP memberi tumpuan kepada ciri-ciri yang boleh memperkuat komuniti – terutamanya sambungan Gadget. Baginya, nilai terbesar datang daripada ciri-ciri (seperti API, Scribunto, dan Gadgets) yang membolehkan komuniti untuk memasang atau membinanya sendiri, jadi MediaWiki sendiri tidak perlu cuba untuk mengendalikan semua kemungkinan kes penggunaan. 

Dalam banyak pencapaiannya, satu yang dia paling bangga ialah antara muka penghantaran deraf yang mana menjadi cara utama bagi pengguna baharu untuk menghantar rencana baharu untuk pertimbangan. Lebih 6000 deraf dihantar setiap bulan!

Siddharth didorong oleh kesan sumbangan teknikal walaupun paling kecil: setiap satu yang kecil boleh menambah baik pengalaman ribuan pembaca Wikipedia! Hakikat yang dia boleh belajar dalamjalan ini ialah dorongan besar yang lain. 

Dia juga menghargai komuniti: “Komuniti MediaWiki sentiasa sangat menyokong. Orangnya sangat berminat untuk menyemak kerja orang lain dan mencadangkan penambahbaikan yang berguna. Apabila kesilapan dilakukan, semuaorang memberi tumpuan untuk hanya menyelesaikannya dan bukan untuk menyalahkan.” Tahun ini, Siddharth menyertai Maragodam Wikimedia 2023 di Tallinn, di mana dia akhirnya boleh bertemu secara bersemuka orang yang dia bekerjasama selama bertahun-tahun secara dalam talian. Dan acara ini menjadi satu daripada kenangan wiki kegemarannya. 

Apabila ditanya mengenai apa nasihatnya untuk penyumbang teknikal, Siddharth berkongsi, “Teruskan dan terlibat dalam segala-galanya – sama ada ia menulis skrip pengguna, mengautomasikan tugasan dengan bot, membangunkan alatan pada Toolforge, atau bekerja pada MediaWiki sendiri, terdapat sebuah kotak alatan lengkap sedang menunggu untuk diterokai. Membangunkan kemahiran serba boleh membantu dalam mengenal pasti campur tangan paling optimum untuk menyelesaikan sesebuah masalah.”

Apabila Siddharth tidak sibuk dengan Wikimedia, dia ialah seorang pemain catur yang bersemangat. 


Tahniah kepada semua pemenang tahun ini! Terima kasih atas apa yang anda telah lakukan! 

Can you help us translate this article?

In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?